Aneh, Pesona, VIDEO

Akibat bergurau tidak kena tempat, nyawa ‘zombi’ hampir melayang!

Akibat bergurau tidak kena tempat, nyawa ‘zombi’ hampir melayang!

Ketika masuk bulan Oktober, kebanyakkan negara Barat akan menyambut sambutan Halloween iaitu perayaan yang menyaksikan para penduduk memperagakan kostum yang menakutkan.

Ketika waktu-waktu lain manusia takut akan kejadian misteri seperti hantu tetapi ketika Hari Halloween, manusia pula menjadi ‘hantu’. Ada yang menjadi pontianak, zombi, dan pelbagai jenis hantu serta mereka juga akan bersaing untuk menjadi manusia yang paling mengerikan.

Ketika sambutan Halloween baru-baru ini di Amerika Syarikat, sepasang lelaki dan wanita cuba mengganggu pengguna jalan raya dengan kostum yang menakutkan.

Wanita tersebut memakai kostum seperti zombi jururawat manakala lelaki itu pula memakai kostum zombi yang diikat kaki dan tangannya. Daripada belakang, wanita tersebut berlakon seolah-olah menarik lelaki tersebut daripada terus mengganggu pengguna jalan raya lain.

Ketika sebuah kereta melalui jalan tersebut, zombi lelaki itu cuba menakutkannya sambil ditarik-tarik oleh pasangannya.

Apabila sebuah kereta lain menghampiri, lelaki tersebut melalukan adegan itu sekali lagi tetapi hampir dilanggar kereta apabila tali tersebut terputus.

Akibat momentum, wanita tersebut tercampak kebelakang manakala kepala lelaki itu benar-benar hampir dilanggar kereta.

Mujur, kereta itu sempat mengelak dan tidak memandu dengan laju. Video ini ternyata memberi pengajaran kepada kita semua, ketika bergurau haruslah ada hadnya.

Keselamatan sendiri dan pengguna jalan raya perlu diutamakan terlebih dahulu. Apalah guna kita bergurau dan berseronok hingga akhirnya boleh membawa kecederaan atau lebih teruk lagi, nyawa kita melayang.

Ayuh, saksikan video dibawah dan pastikan anda tidak meniru aksi ini!

Era Baru

Kategori:Aneh Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...