GAYA HIDUP, Kerjaya

3 jenis pekerjaan yang bakal digantikan dengan jentera dan menyebabkan anda hilang kerja

3 jenis pekerjaan yang bakal digantikan dengan jentera dan menyebabkan anda hilang kerja

Dalam dunia pekerjaan hari ini, kita sering melihat banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan pekerja dan hal ini bukan hanya berpunca daripada faktor kegawatan ekonomi semata-mata tetapi juga disebabkan oleh penggunaan jentera di dalam industri.

Berikutan berlakunya revolusi kepintaran tiruan atau artificial intelligence (AI), kebanyakan industri pekerjaan mula menggunakan sistem automasi bagi menjimatkan kos operasi. Lantaran itu, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan dan kehilangan punca pendapatan memandangkan tugas mereka telah digantikan oleh kuasa jentera.

Kredit: Skynews

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, terdapat tiga sektor pekerjaan yang berisiko tinggi untuk mengalami pengurangan pekerja iaitu:

  • Industri pengilangan
  • Sektor jualan runcit dan borong
  • Sektor kewangan

Pada tahun 2015 sahaja, seramai 44,000 orang pekerja terpaksa diberhentikan dan daripada jumlah tersebut, 18,000 pekerja dikatakan bekerja di dalam industri perbankan.

Statistik ini dipercayai berpunca daripada pelaksanaan sistem transaksi atas talian memandangkan para pelanggan pada hari ini cenderung untuk membayar bil mereka secara dalam talian.

Kredit: Clay County Bank

Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford turut membuktikan pekerjaan sebagai juruwang, pegawai pinjaman dan juga pekerja telepemasaran adalah pekerjaan yang paling mudah untuk digantikan oleh mesin jentera. Malahan, trend ini juga dikatakan sudah bertapak di Malaysia.

Kaunter pendaftaran automatik yang tidak menggunakan khidmat juruwang dikatakan telah wujud di pasaraya Tesco Pulau Pinang. Bukan sahaja itu, sistem ini turut dikhabarkan akan berada di Kedah tidak lama lagi.

Kredit: Penang Kini

Pada dua tahun berikutnya, seramai 40,000 pekerja diberhentikan pada tahun 2016 dan 17,000 lagi setakat bulan Jun 2017. Menurut The Guardian pula, terdapat lima jenis pekerjaan yang dijamin selamat dan sukar untuk digantikan dengan penggunaan mesin iaitu:

  • Pekerja sosial dalam kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah
  • Ahli terapi pemulihan cara kerja
  • Pakar nutrisi dan pakar pemakanan
  • Doktor bedah dan ahli fizik
  • Ulama/paderi/sami dan lain-lain

Kredit: Physiotherap

Tiada apa yang boleh dijangkakan dalam dunia ini. Apa yang kita perlu lakukan bagi meningkatkan peluang untuk diambil bekerja adalah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan penuhkan diri dengan pelbagai kemahiran lain.

Sumber: World of Buzz

Kategori:GAYA HIDUP Kerjaya

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...