KESIHATAN

10 Senaman mudah untuk merehatkan mata anda

10 Senaman mudah untuk merehatkan mata anda

Duduk berjam lamanya menghadap komputer atau menonton TV boleh menjejaskan kesihatan mata anda. Selain mengalami sakit kepala, mata anda mungkin akan mengalami kekeringan dan kegatalan.

Malangnya, demi memenuhi tuntutan kerja tidak semua diantara kita yang boleh mengambil waktu rehat secara berkala. Melalui laman sesawangnya, Bright Side mengemukakan 10 senaman mata yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Anda boleh melakukannya tanpa perlu meninggalkan meja kerja anda dan ianya mengambil masa tidak sampai pun 15 minit! Mudah bukan? Cubalah dan alami perbezaannya.

Senaman Pertama: Pandang ke arah kegelapan.

Kredit: depositphotos

Walaupun kedengaran agak menyeramkan, ianya tidak seperti yang disangka. Mula-mula, letakkan siku di atas meja, tutup mata dan cakupkan mata dengan kedua-dua tapak tangan.

Rehat dan pandang ke dalam kegelapan. Kekalkan posisi ini untuk beberapa minit.

Senaman Ke-2: Menggerakkan anak mata ke pandangan sisi.

Anda harus berdiri atau duduk menegak. Pandang lurus ke hadapan. Tanpa menggerakkan kepala, pandang kiri.

Tumpukan penglihatan anda terhadap objek yang anda nampak. Kemudian alihkan pandangan ke sebelah kanan dan tumpukan perhatian sekali lagi.

Gerakkan anak mata anda dari satu sisi ke sisi yang lain sebanyak 5 kali. Ulangi kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-3: Menggerakkan anak mata ke atas dan ke bawah.

Duduk menegak dan pandang lurus ke hadapan. Kemudian pandang ke atas dan tumpukan penglihatan terhadap objek yang anda nampak. Alihkan pandangan ke bawah.

Jangan risau jika anda terpaksa mengerutkan dahi. Gerakkan anak mata anda ke atas dan ke bawah sebanyak 5 kali. Ulangi kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-4: Menggerakkan anak mata secara pepenjuru.

Pandang lurus ke hadapan. Pandang ke bawah dan halakan anak mata ke kiri.

Kemudian gerakkan mata anda ke pepenjuru dengan melihat ke atas dan menjeling ke kanan. Tumpukan perhatian terhadap objek yang anda nampak.

Ulangi latihan ini sebanyak 5 kali, kemudian pandang lurus ke hadapan dan lakukan kitaran yang sama tetapi dengan melihat ke arah bertentangan. Ulangi keseluruhan kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-5: Memusingkan anak mata.

Anda harus duduk menegak dan tenangkan diri. Pandang ke kiri dan dengan perlahan pusingkan anak mata mengikut arah jam.

Buat 5 pusingan mengikut arah jam dan 5 lagi pusingan melawan arah jam. Ulangi keseluruhan kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-6: Memusat tumpuan jarak jauh dan dekat.

Tumpukan pandangan anda kepada sebatang pensil ataupun apa-apa objek berdekatan yang berada dalam lingkungan 20-30cm dari kedudukan mata anda.

Kemudian perhatikan sesuatu yang berada jauh. Tumpukan perhatian dan cuba lihat objek tersebut secara terperinci.

Kemudian alihkan semula pandangan anda ke arah pensil tadi. Tukar pusat tumpuan anda sebanyak 5 kali. Ulangi kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-7: Memusat tumpuan #1

Duduk menegak dan pandang lurus ke hadapan. Pusatkan pandangan kepada satu titik diantara bulu kening.

Tumpukan penglihatan terhadap objek yang anda nampak selama beberapa saat. Kemudian pandang semula ke hadapan.

Pandang lagi ke kawasan diantara kening. Ubah pusat tumpuan sebanyak 5 kali. Ulangi kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-8: Memusat tumpuan #2

Duduk menegak dan pandang lurus ke hadapan. Pandang hujung hidung anda selama beberapa saat.

Kemudian pandang semula ke hadapan. Ubah pusat tumpuan sebanyak 5 kali. Ulangi kitaran sebanyak 3 kali.

Senaman Ke-9: Urutan #1

Pejamkan mata anda. Kemudian katupkan mata dengan kuat selama 2-3 saat.

Rehatkan otot di sekeliling mata. Pejamkan mata dengan kuat sekali lagi. Ulangi sebanyak 10 kali.

Senaman Ke-10: Urutan #2

Kredit: depositphotos

Pejamkan mata anda. Urutkan kelopak mata secara lembut dengan gerakan membulat.

Usap perlahan. Elakkan daripada memberi tekanan dengan kuat. Lakukan 10 kali gerakan membulat mengikut arah jam dan 10 kali lagi melawan arah jam.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...