Arkeologi, Eropah, Galeri Foto, Misteri & Fenomena

Pemandangan dari udara sebuah pulau kecil di Croatia, bagai cap ibu jari gergasi!

Pemandangan dari udara sebuah pulau kecil di Croatia, bagai cap ibu jari gergasi!

Croatia yang terletak di Eropah timur merupakan negara yang terkenal dengan persisir pantai yang panjang dan cantik dengan menghadap Laut Adriatik. Namun satu pulau kecil bernama Baljenac yang terletak jauh dari pantai Croatia telah mendapat perhatian dunia baru-baru ini.

Dengan pembinaan tembok-tembok kering buatan tangan yang mengelilingi pulau kecil ini, apabila seseorang melihat pulau ini dari udara, bentuknya bagaikan satu cap ibu jari gergasi yang besar. Terletak di tapak bersejarah Sibenik di persisir pantai Dalmatian, pulau kecil ini bersaiz 1.4 kilometer persegi.

Tembok bersejarah yang dibina itu berukuran 23 kilometer dan 357 meter. Pembinaan tembok ini merupakan sebahagian dari sejarah kewujudan pulau Baljenac dan apa yang mengagumkan, ia dibina tanpa menggunakan sebarang peralatan dan mesin.

Hanya dengan tangan manusia menjadikan ia sangat unik untuk dilihat dari udara.

Pulau kecil yang terletak di Croatia ini dilihat bagai cap ibu jari gergasi.

Kredit: likecroatia

Ia menjadi terkenal dengan pembinaan tembok kering buatan tangan manusia yang mengelilingi pulau ini.

Tembok ini telah dibina berabad yang lalu dengan tujuan menandakan tanah pertanian.

Tembok ini dibina bagi menahan angin yang kuat dan membolehkan kerja pertanian dijalankan.

Pembina tembok ini tidak menggunakan sebarang simen dan bahan pelekat bagi menahan batu-batu tembok.

Sebaliknya mereka mencantum batu-batu tersebut antara satu sama lain dengan teliti dan berhati-hati dan akhirnya melekat dengan sempurna.

Pembina-pembina tembok kering ini adalah penduduk tempatan yang datang  dari pulau berdekatan iaitu Pulau Kaprije. Pada abad yang lalu, mereka merupakan pemegang hakmilik tanah yang utama di Baljenac.

Kaum lelaki akan membawa kaum wanita dengan bot ke pulau ini. Sementara kaum lelaki pergi menangkap ikan, kaum wanita akan mengerjakan tanaman di pulau itu.

Pada waktu itu mereka mula membina tembok-tembok ini untuk tujuan pertanian. Hanya baru-baru ini Pulau Baljenac mendapat perhatian dari kalangan pelancong.

Tanah di pulau tersebut juga sangat sesuai bagi pertumbuhan pokok pine.

Kerajaan Croatia telah memohon kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) untuk meletakkan Pulau Baljenac sebagai satu tempat dalam senarai Khazanah Dunia untuk memelihara kewujudan tembok-tembok kering yang bersejarah itu.

Selepas mendapat pengiktirafan UNESCO ke atas pulau kecil ini, Croatia akan menjadi destinasi pelancongan yang popular.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...