PULAU PINANG – Baru-baru ini, dua spesies obor-obor kotak yang sebelum ini tidak pernah ada di pantai dan laut di Malaysia, telah dilihat di sepanjang pantai Pulau Pinang dan jumlahnya juga semakin meningkat! Kedua-dua spesies yang mengancam nyawa ini dikenali sebagai Chiropsoides buitendijki dan Morbakka sp.

Sejak daripada dahulu lagi, rakyat Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, menikmati dan bebas bermandi manda di laut tanpa sebarang ancaman. Walau bagaimanapun, pengunjung pantai kini dinasihati untuk berhati-hati kerana obor-obor yang berbahaya ini.

Kredit: NY Times

Anda pasti ingin mengelak daripada bersentuhan dengannya kerana racun mereka boleh menyebabkan Sindrom Irukandji, yang membawa gejala seperti:

– Hipertensi yang teruk

– Sakit belakang yang melampau

– Mual

– Muntah

– Kekejangan

– Kesukaran bernafas

– Kegagalan jantung

“Walaupun ia tidak begitu berbahaya berbanding obor-obor kotak Australia, kedua-dua spesies ini masih lagi sangat berbahaya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang lemah”, kata ahli biologi marin, Sim Yee Kwang.

Kredit: World Atlas

Fakta: Obor-obor kotak Australia boleh membunuh orang dewasa hanya dalam masa TIGA minit.

Pada masa ini, populasi kedua-dua spesies ini terletak di setiap kilometer persegi di laut sehingga 400 meter daripada pantai.

“Sebagai perenang pasif, ia akan bergerak lebih dekat ke pantai semasa air pasang apabila arus laut lemah. Itulah masa yang paling berbahaya untuk perenang, “katanya.

Sim telah menandakan garis pantai di beberapa tempat sejak Julai untuk menangkap obor-obor. Obor-obor kotak yang terbesar pernah ditangkap adalah berukuran 18cm yang hanya 200 meter dari Pantai Bersih, Butterworth.

“Ini adalah spesies invasif. Kemungkinan besar, larva mereka dibawa ke perairan kita melalui kapal kargo,” kata pengarah Cemacs, Prof Datuk Dr Aileen Tan.

Mungkin sebahagian daripada masalah yang membimbangkan ini ialah cuaca yang tidak dapat diramalkan dapat mengubah suhu dan tahap kemasinan laut dengan ketara, sehingga menyebabkan populasi obor-obor yang dapat membawa maut ini berkembang di sekitar Pulau Pinang dan seluruh Selat Melaka.

Sumber: JStor Daily

Untuk menggambarkan betapa berbahayanya obor-obor ini, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang sedang berenang di Teluk Bahang pada awal Februari lalu menjadi koma selama tiga hari selepas diserang oleh obor-obor.

Hanya mereka yang pernah terkena sengatan oleh obor-obor sahaja akan tahu betapa sakitnya. Jika anda merancang untuk berenang di Pulau Pinang, sila berhati-hati dengan spesies obor-obor kotak ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds