INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Si comel yang bijak! Siapa kata kucing tidak pandai bermain jenga? Ini dia si comel pakar bermain jenga!

Si comel yang bijak! Siapa kata kucing tidak pandai bermain jenga? Ini dia si comel pakar bermain jenga!

Bagi yang memiliki kucing pastinya tahu apa yang sering dilakukan serata apa yang digemari oleh mereka. Pasti ada tingkah laku mereka yang sering buatkan anda ketawa, atau mungkin geram.

Jika kucing lain sibuk dengan permainannya sendiri- berlari, mengejar bola, atau mungkin memanjat meja dan sofa. Tetapi berbeza dengan kucing ini, dia dilihat sangat pandai bermain jenga!

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana dia boleh mengalihkan bongkah-bongkah kayu tersebut tanpa menjatuhkannya. Jangan risau, dia punya tektik yang bernas!

Pada awalnya dia akan menggunakan kepalanya untuk menolak bongkah kayu yang dimahukan. Menara kayu tersebut mungkin bergoyang tapi nasibnya baik kerana ianya tidak runtuh!

Dia kemudian menggunakan kakinya untuk mengeluarkan bongkah kayu tersebut. Bijak bukan?

Dia menunggu gilirannya sambil memerhati tuannya. Nampaknya perlawanan begitu sengit!

Kepada mereka yang memiliki kucing, anda juga boleh bermain permainan ini bersama si comel kesayangan anda. Lihat sahaja siapa yang akan menang nanti!

Sila menyaksikan bagaimana si comel ini bermain jenga di bawah:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...