INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Seorang ayah menangis kegembiraan selepas menerima hadiah yang tidak dijangka daripada anaknya sempena hari bapa

Seorang ayah menangis kegembiraan selepas menerima hadiah yang tidak dijangka daripada anaknya sempena hari bapa

Selamat hari bapa! Setiap orang mempunyai caranya tersendiri untuk meraikan ayah masing-masing sempena hari bapa. Begitu juga dengan Lisa Sartori. Kali ini dia telah menyediakan hadiah yang sungguh istimewa untuk ayahnya yang tersayang.

Walaupun ayahnya, Bob sangat meminati semua jenis kereta sport tetapi dia masih mempunyai satu keinginan yang belum tertunai iaitu memandu Corvette. Lisa bersumpah dia akan mendapatkan kereta tersebut untuk ayahnya pada suatu hari nanti.

Ternyata Lisa tidak berangan kosong. Dia berjaya membeli kereta sport jenis Corvette yang diminati oleh ayahanya itu. Model kereta tahun 1966 itu sama dengan tahun kelahiran Lisa dan ia sangat bermakna buatnya.

Untuk merealisasikan impian ayahnya dalam bentuk kejutan, Lisa dan keluarganya telah berpakat untuk mengajak Bob keluar pada hari bapa yang lepas. Bob fikir mereka ke situ untuk mengambil gambar keluarga sempena hari bapa.

Semua ahli keluarga berkelakuan seperti biasa, berbual dan bertanya khabar sehinggalah akhirnya Bob berjalan menuju ke arah kereta Corvette yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka berkumpul.

Bob melihat-lihat kereta tersebut dan berkata, alangkah bagusnya kalau kereta ini kepunyaannya dan tentu impiannya sudah menjadi kenyataan.

Lisa segera mengekori dan sambil mendekati, dia menyerahkan kunci kereta kepada ayahnya. “Selamat hari bapa, ayah.” ujar Lisa dengan gembiranya. Bob tidak terkata apa-apa kerana terlalu terkejut dan tidak menyangka kereta Corvette itu adalah miliknya.

Lisa menunjukkan plat kereta tersebut yang mana tertera nama timangan ayahnya dan itu meyakinkan Bob bahawa kereta itu benar-benar miliknya.

Bob benar-benar tidak menyangka kereta idamannya kini di hadapan mata dan impiannya menjadi kenyataan.

Tonton video yang dimuat naik oleh Lisa ini. Anda pasti turut merasai kegembiraan mereka sekeluarga.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...