Tidak kira sama ada manusia mahupun haiwan, jika mereka bergelar ibu pasti akan menyayangi anak-anak mereka dengan sepenuh hati.

KreditSacramento SPCA | Facebook

Mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk menjaga, melindungi dan memenuhi keperluan anak-anak tanpa memikirkan diri mereka sendiri. Apa yang penting adalah anak-anak, mereka adalah keutamaan buat para ibu.

Seperti ibu anjing ini, walaupun ditinggalkan di hadapan pintu setelah melahirkan 10 ekor anak, dia tetap setia di sisi anak-anaknya, menjaga dan melindungi mereka dalam keadaan apa pun.

Pada Jun 2016, kakitangan di Sacramento Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA) di California tiba di tempat kerja untuk ternampak seekor ibu anjing bersama anak-anaknya yang baru lahir duduk di depan tempat perlindungan.

Mereka menyedari bahawa anjing itu tidak dirantai dan ditinggalkan tanpa makanan dan air, tetapi ibu anjing tetap berada bersama anak-anaknya.

“Kami tidak pasti bagaimana dia berada di tempat perlindungan,” kata penyelaras penjagaan SSPCA, Sarah Varanini, kepada The Dodo.

Katanya lagi, ibu anjing itu masih dalam keadaan berdarah walau bagaimapun ianya tidak begitu serius.

Memandangkan darah yang sedikit mereka mengandaikan ibu anjing itu melahirkan anak-anaknya di tempat lain sebelum ditinggalkan di situ.

Menurut Varanini lagi kesetiaan ibu anjing yang tetap menjaga anaknya menunjukkan bahawa dia sangat sayang akan anak-anaknya.

Dia langsung tidak keluar pada waktu malam, berjalan ke tempat lain bahkan tetap bersama anak-anaknya, menjaga dan melindungi mereka.

Walaupun tidak mudah untuk mencari mereka yang mahu menjaga mereka sekeluarga namun mereka akhirnya berjaya mendapatkan tuan baharu.

Tuan mereka tekah mengambil gambar ibu anjing dan anak-anak dan menyiarkannya di media sosial.

SSPCA menambah bahawa ibu anjing yang berusia 1 tahun itu “sangat baik” kepada semua orang di sekelilingnya. Dia walau bagaimanapun hanya membiarkan jika ada memegang anak-anaknya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds