Aneh, INSPIRASI, KESIHATAN, Kisah Inspirasi

Wanita ini sentiasa berdiet dan menjaga badannya tetapi mengapa perutnya membesar seberat 31kg. Apa yang dikandungnya?

Wanita ini sentiasa berdiet dan menjaga badannya tetapi mengapa perutnya membesar seberat 31kg. Apa yang dikandungnya?

Menjadi jahil dengan kesihatan sendiri boleh mengakibatkan sesuatu yang merbahaya terjadi kepada diri sendiri. Adalah menjadi satu keperluan bagi setiap dari kita untuk melihat tanda-tanda pada diri sendiri dan melakukan pemeriksaan kesihatan dari mereka yang arif di dalam bidang perubatan.

Ramai yang menyangka wanita ini sedang sarat mengandung apabila dia telah datang berjumpa dengan doktor berikutan saiz perutnya yang luarbiasa.

Dan sebab mengapa perutnya membesar sedemikian rupa amat memeranjatkan.

Seorang wanita dari Mexico yang berusia 24 tahun telah datang menemui seorang doktor di sebuah hospital dengan berat perutnya yang tidak normal seberat 31 kilogram.

Para doktor menjadi terpegun apabila melihat ketumbuhan yang luarbiasa di dalam perutnya. Apabila satu imbasan CT telah diambil, keputusan telah menunjukkan bahawa ia adalah sista ovari dan bukannya kehamilan.

Wanita ini yang tidak mahu namanya didedahkan telah menyedari perubahan mendadak kepada tubuh badannya dan dengan memikirkan berat badannya telah bertambah, dia telah menjalani diet yang betul.

Oleh itu, kaki , lengan dan mukanya menjadi lebih kurus, tetapi perutnya semakin membesar dan dia membuat keputusan untuk melawat dan berjumpa doktor di Hospital Besar Mexico.

Kredit: The Indian Express 

Para doktor yang telah menjalankan pembedahan mengeluarkan sista ovari itu selama 5 jam. Dengan sista yang berat itu, wanita ini mengalami kegagalan untuk bernafas, kesukaran berjalan dan makan dengan selasa.

Amat mengejutkan, ketumbuhan itu telah menghimpit organ dalamannya dan semakin hampir untuk menyerang jantungnya. Selepas pembedahan yang berjaya itu, wanita ini akhirnya telah dapat berjalan seperti biasa.

Perutnya telah mengempis selepas 6 bulan pembedahan dijalankan.

Kini wanita ini telah dapat berdiri tegak seperti manusia normal yang lain.

Kredit: drsinghals.com

Pada satu ketika, wanita ini hanya dapat memakan sedikit makanan kerana saiz sista itu telah menghimpit tali perutnya. Kini wanita ini telah dapat menjalankan rutin gaya hidup sihatnya dengan sempurna.

Nasibnya baik kerana para doktor telah dapat mengesan sista itu dan melakukan pembedahan dengan segera dan ini telah memberi harapan kehidupan yang lebih baik kepada pesakitnya. Pada tahun 1902, satu sista ovari seberat 145 kilogram telah dikeluarkan dari perut seorang wanita.

Ia telah dianggap sebagai yang terbesar di dalam sejarah perubatan sehingga hari ini. Kejadian seperti ini memberi peringatana kepada kita semua bahawa langkah berjaga-jaga itu selalu lebih baik dari penawar.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...