Kebenaran

Taikun dari China dedahkan kehilangan MH370 dikaitkan dengan pemerdagangan organ secara haram

Taikun dari China dedahkan kehilangan MH370 dikaitkan dengan pemerdagangan organ secara haram

Selepas tiga tahun, pelbagai operasi mencari dan menyelamat kapal terbang MH 370 masih menemui jalan buntu.

Sumber: The Independent

Kapal terbang yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke China hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, dan menyedihkannya tiada seorang pun dapat dikenal pasti.

Guo Wenghui, seorang taikun hartanah China yang tinggal di Amerika Syarikat telah mendedahkan, misteri MH 370 merupakan satu konspirasi daripada ‘tangan ghaib’ bagi melindungi pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam pemerdagangan organ secara haram.

Tambah beliau, kegiatan ini juga didalangi oleh Jiang Mianheng, anak kepada bekas presiden Parti Komunis China, Jiang Zemin yang sangat berkuasa.

Guo Wenghui, bercakap dalam satu video

Sumber: Youtube

Beliau mengatakan, kehilangan MH 370 merupakan taktik untuk ‘menutup mulut’ beberapa penumpang yang mengetahui kegiatan haram yang dijalankan di Hospital Nanjing.

Disebabkan beberapa individu yang mengetahui mengenai jenayah ini, 153 warga China daripada 239 penumpang hilang tanpa dikesan hingga ke hari ini.

Gou mendedahkan, kegiatan ini dijalankan di Hospital Ketenteraan Nanjing yang menyebabkan lima orang terbunuh akibat dipaksa mendermakan organ mereka untuk Jiang Miangheng.

“Semasa Jiang Miangheng mengendalikan pemindahan organ pada tahun 2004-2008 di sebuah hospital di Nanjing, semuanya telah diuruskan dengan tersembunyi dan rahsia, oleh individu yang dipilih serta mendapat kerjasama daripada kepimpinanan politik Shanghai dan beberapa pemimpin pasukan tentera,” kata Guo dalam satu video.

Katanya lagi, terdapat ahli keluarga Meng Jianzhu, ahli politik China, merupakan penerima organ. Disebabkan perasaan takut, mereka yang terlibat dan mengetahui perkara ini telah melarikan diri ke Malaysia dan takut untuk pulang semula ke China.

Kemudian, pihak berkuasa China memujuk mereka untuk pulang dan mereka itulah penumpang MH 370.

Demonstrasi pengambilan organ secara paksa terhadap pengamal Falun Gong dibuat di Ottawa, Kanada

Setakat ini tidak jelas mengapa taikun ini berpaling menentang Parti Komunis China. Tetapi ini jelas menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap parti itu. Menurut The Epoch Times, pada tahun 2014 perniagaannya telah menghadapi masalah dan menyebabkan pegawai atasannya Ma Jian ditangkap. Guo yang dalam ketakutan terpaksa melarikan diri dari negara China.

Aset Guo yang bernilai $70 bilion juga telah dibekukan. Beberapa ahli keluarga dan pekerjanya telah dipenjara, lapor Washington Free Beacon. Dia juga memohon perlindungan politik dari Amerika Syarikat kerana takut akan nyawanya terancam.

Buat masa kini, perkara yang didedahkan oleh taikun hartanah China ini masih belum disahkan kesahihannya.

Realitinya, bukan beliau sahaja yang telah mendedahkan jenayah kemanusiaan ini.

Ethan Guttman, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2017 yang juga seorang penulis penyiasatan telah mendedahkan perkara ini kepada umum. Beliau menerima anugerah ini selepas mendedahkan pemindahan organ secara haram ini telah didalangi oleh beberapa pemimpin parti komunis itu.

Dalam pendedahan yang dilakukan, beliau mendapat kerjasama daripada seorang peguam hak asasi manusia, David Matas, dan bekas ahli parlimen di Kanada, David Kilgour, mengatakan terdapat 146 hospital di China yang mengendalikan jenayah ini.

David Kilgour dan David Matas bersama dengan Ethan Gutmann, penulis “Bloody Harvest/The Slaughter: An Update”

Persoalannya, bilakah Parti Komunis China akan dikenakan tindakan?

Era Baru

Kategori:Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...