Fernando Abellanas, seorang pereka yang mempelajari seni reka dengan sendiri telah membina sebuah studio di tempat yang anda tidak akan sangka. Studio yang kecil dan serba lengkap itu telah dibina di bawah sebuah jambatan di Valencia, Sepanyol.

Tempat kerja yang kecil dan mudah alih ini mempunyai segala-galanya termasuklah rak, kerusi dan meja. 

Semua peralatan dilekatkan dengan menggunakan bolt terhadap dinding konkrit jambatan itu.

Pereka itu telah membina ruang kerja itu supaya dia boleh menggunakan untuk dirinya sendiri.

Dia juga telah meletakkan penghadang dan tapak yang diperbuat daripada besi agar dia boleh bergerak daripada satu jambatan ke jambatan yang lain.

Daripada ruang yang tersembunyi ini, dia boleh bekerja dan menikmati privasi.

Seperti yang boleh dilihat, studio ini kelihatan seperti kotak kecil yang mempunyai sisi yang boleh dilihat.

Sehingga kini, Abellanas tidak mendedahkan lokasi sebenar studionya itu. Studio ini bersifat projek sementara.

Menurut pereka ini, studio itu akan kekal di situ sehinggalah ada pihak yang menjumpai tempat persembunyiannya itu atau pihak yang mencuri barang-barang yang berada di situ.

Tersembunyi daripada kereta dan kereta api yang lalu-lalang, studio itu memberikan pereka itu ketenangan.

Dia juga teringatkan kenangan semasa kanak-kanak apabila dia bersembunyi di bawah meja.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds