NASIONAL

Pemandu teksi perdaya warga asing dengan mengenakan tambang RM950 bagi perjalanan dari KL Sentral ke Setapak

Pemandu teksi perdaya warga asing dengan mengenakan tambang RM950 bagi perjalanan dari KL Sentral ke Setapak

Sebelum naik teksi, pemandu mengenakan caj sebanyak RM100 bagi perjalanan sejauh 10km. Setibanya di destinasi, penumpang teksi berkenaan dipaksa untuk membayar RM950 bagi perjalanan dari KL Sentral ke Setapak!

Inilah nasib malang yang terjadi kepada dua lelaki warga Bangladesh pada hari Sabtu, 30 September lalu. Menerusi satu laporan dalam Harian Metro, pada awalnya, pemandu teksi berkenaan telah menawarkan harga tambang sebanyak RM50 seorang untuk membawa dua warga asing tersebut ke Setapak.

Guide Southeast Asia

Kedua-dua mangsa yang tiba di KL Sentral dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu ternyata amat terkejut dengan kadar harga tambang yang dikenakan. Namun terpaksa bersetuju untuk membayar walaupun menyedari kadar RM50 bagi seorang penumpang adalah sangat tidak berbaloi.

Sebaik sahaja mereka selamat tiba di destinasi, pemandu teksi berkenaan secara tiba-tiba memeras ugut dan meminta mereka untuk membayar tambang sebanyak RM950!

NST

Menurut sumber polis dalam laporan oleh NST Online, “Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mangsa dengan pemandu teksi berkenaan namun mereka akhirnya terpaksa akur berikutan bimbang akan dicederakan suspek yang membawa senjata kayu dan besi di dalam teksinya”.

Susulan kejadian, kedua-dua mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan. Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut segera menjalankan operasi khas bagi mengesan suspek setelah menerima laporan terbabit.

Operasi berkenaan bermula jam 10 malam pada 5 Oktober dan pegawai SPAD berjaya menahan pemandu terbabit di ibu kota. Suspek yang berusia dalam lingkungan umur 30-an telah ditahan manakala teksi yang digunakannya turut disita bagi membantu siasatan.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 22 dan Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2015.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...