GLOBAL, KESIHATAN

Wanita disyaki menghidap kanser berpunca daripada tatu yang dibuatnya 15 tahun lalu

Wanita disyaki menghidap kanser berpunca daripada tatu yang dibuatnya 15 tahun lalu

Perbuatan mencacah badan atau tatu dikatakan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.

Baru-baru ini, seorang wanita telah disahkan menghidap kanser oleh doktor namun setelah diselidiki dengan lebih terperinci, simptom-simptom yang dialami oleh pesakit wanita tersebut adalah berpunca daripada komplikasi tatunya.

Wanita berusia 30 tahun ini disyaki menghidap limfoma (lymphoma) iaitu sejenis kanser yang menyerang sistem limfa.

Setelah menjalani pembedahan, para doktor mendapati bahawa simptom penyakit yang dialaminya adalah berpunca daripada sesuatu yang tidak dijangkakan.

Kredit: Pixabay

Pada awalnya, wanita tersebut telah datang ke klinik kerana menyedari terdapat benjolan kecil di bawah lengannya.

Antara simptom yang dialami wanita berkenaan adalah seperti demam, penurunan berat badan, berpeluh pada waktu malam dan pelbagai lagi isu berkaitan paru-paru.

Kredit: ScienceAlert |Annals of Internal Medicine

Menurut Dr. Christian Bryant yang merupakan pakar hematologi (kajian tentang darah) di Hospital Royal Prince Alfred, 99 daripada 100 kes seperti ini adalah kanser limfoma.

Namun, benjolan tersebut yang sebesar 1.5 sentimeter dalam diameter merupakan kesan daripada tatu yang dilakukannya pada usia 15 tahun. Tatu lama yang dicacah pada belakang badannya sangat besar dan telah berada pada tubuhnya buat sekian lama.

Selain itu, wanita ini turut mempunyai tatu pada bahu kirinya yang dilakukan kira-kira dua setengah tahun lalu.

Kredit: Pixabay

Reaksi daripada elemen di dalam dakwat tatu boleh menyebabkan jangkitan dan sebagainya. Namun reaksi ini tidak semestinya terjadi dalam masa terdekat selepas mencacah badan.

Terdapat juga individu yang akan mengalami tindak balas setelah sekian lama mencacah badannya. Antara kes yang pernah berlaku adalah seorang lelaki di Mexico meninggal dunia selepas berenang di dalam kolam dengan tatu yang baru dibuat.

Bagi wanita tersebut, keadaannya semakin beransur pulih selepas 10 bulan menjalani rawatan.

Oleh itu, peringatan untuk anda yang mempunyai tatu dan sedar terdapat benjolan pada tubuh anda, segeralah bertemu dengan pakar bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Era Baru

Kategori:GLOBAL KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...