HIBURAN, Ria, VIDEO

Aksi anjing yang melanggar semua halangan dalam pertandingan anjing paling tangkas ini membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak

Aksi anjing yang melanggar semua halangan dalam pertandingan anjing paling tangkas ini membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak

Seekor anjing baka Jack Russell bernama Olly yang menyertai pertandingan ketangkasan anjing menjadi terkenal di seluruh dunia gara-gara aksinya lincah dan ‘menggila’ yang dipamerkannya sewaktu pertandingan tersebut.

Kebiasaannya, anjing-anjing dalam pertandingan ini akan berlari di sekeliling arena dan mendapat markah dengan aksi-aksi seperti melompat di atas tiang, berlari menaiki tanjakan, memasuki gelung dan pelbagai lagi halangan lain.

Markah akan diberikan bagi peserta yang berjaya merentasi kesemua halangan dengan kemas dan pantas.

Akan tetapi, persembahan Olly yang bersemangat, tangkas dan menghiburkan itu berjaya membuatkan semua penonton termasuk juri ketawa terbahak-bahak sambil menonton aksinya. Hal ini kerana gelagat Olly yang dilihat sering terjatuh, melanggar halangan, membuat kesilapan dalam persembahannya selain mengelakkan daripada merentasi halangan tersebut.

Persembahan Olly yang dianggap sebagai ‘gila-gila’ oleh juri membuatkan ramai yang terhibur.

Olly yang diiringi pelatihnya, Karen gagal melakukan persembahan yang kemas tetapi gelagat kedua-duanya pasti membuatkan semua penonton tidak akan melupakan mereka. Apatah lagi apabila Olly dikatakan gagal mendengar semua arahan yang diberikan Karen dan melaksanakan persembahan tersebut dengan menurut kata hatinya sahaja.

Malahan, Olly juga dilihat cuba untuk melarikan diri daripada gelanggang tersebut sebelum meneruskan semula persembahannya.

Setelah persembahan tamat, Olly turut dilihat dengan segera melarikan diri sambil dikejar oleh Karen. Pengacara pertandingan tersebut turut sempat berceloteh dengan mengatakan, “Tahniah pasukan Blue Cross. Persembahan yang bersungguh-sungguh. Tapi, tangkap dulu anjing anda”.

Video pendek di YouTube itu telah meraih sehingga 800,000 kali tontonan sejak ia dimuatnaik. Walaupun tidak berjaya membawa pulang kejuaraan, persembahan Olly ternyata berjaya mencuit hati semua penonton di sana.

Lihat aksi-aksi lucu Olly dan kongsikannya di Facebook.

Sumber: DailyMail

Kategori:HIBURAN Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...