Produk Teknologi, SAINS & TEKNOLOGI

Sah! iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan berada di pasaran Malaysia hujung bulan ini!

Sah! iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan berada di pasaran Malaysia hujung bulan ini!

Tuan-tuan dan puan-puan. Ianya sah! Hujung bulan ini, Apple Malaysia akan melancarkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus khusus untuk rakyat Malaysia! Nampaknya rakyat Malaysia tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan produk baru keluaran Apple.

IT Pro

Wakil jurucakap Apple telah mengesahkan bahawa dua produk terbaru keluarannya akan secara rasmi berada di pasaran Malaysia pada tanggal 20 Oktober 2017! Bagi mana-mana individu yang berminat untuk melakukan tempahan awal, ianya boleh dilakukan bermula 13 Oktober iaitu pada minggu hadapan!

Walaupun harga bagi telefon pintar ini masih belum didedahkan di laman rasmi Apple Malaysia, laman e-dagang tempatan iaitu 11Street telah membuka tempahan untuk mendapatkan iPhone 8 dan 8 Plus dengan harga seperti di bawah:

  • iPhone 8 64GB – RM3,649
  • iPhone 8 256GB – RM4,399
  • iPhone 8 Plus 64GB – RM4,149
  • iPhone 8 Plus 256GB – RM4,899

Macworld

Syarikat teknologi pintar, Apple Inc. telah menghasilkan rekaan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang mempunyai saiz paparan skrin seperti iPhone sebelumnya. iPhone 8 mempunyai skrin 4.7 inci manakala iPhone 8 Plus pula dilengkapi dengan paparan 5.5 inci.

Malah menerusi laman rasmi Apple Malaysia, iPhone 8 dan 8 Plus ini juga dilengkapi dengan teknologi pengecas tanpa wayar yang membolehkan anda mengecas iPhone anda di mana-mana sahaja.

CNET

Selain itu, ia juga boleh didapati di dalam tiga warna elegan iaitu perak (silver), kelabu (space gray) dan juga emas ros (rose gold)

iPhone X yang juga disebut sebagai iPhone Ten (X merujuk kepada nombor 10 di dalam Roman) dijangka akan berada di pasaran beberapa negara terpilih bermula 3 November ini.

Bagaimana? Adakah anda teruja untuk mendapatkan iPhone 8 atau iPhone8 Plus pada penghujung bulan ini?

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...