INSPIRASI, KESIHATAN

Menderita selama 20 tahun ekoran kemalangan ngeri, namun senaman tradisional membantu wanita ini bangkit semula

Menderita selama 20 tahun ekoran kemalangan ngeri, namun senaman tradisional membantu wanita ini bangkit semula

Semuanya bermula setelah satu kemalangan di mana Becky James tidak mampu bangun daripada katilnya. Untuk tempoh 6 tahun beliau menderita sakit di seluruh badan dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Ketika usianya 40 tahun, muncul sinar harapan untuknya pulih.

Bagi Becky, beliau merasakan tiada lagi harapan untuknya kembali pulih seperti sediakala. Pada waktu malam, beliau hanya mampu mendengar bunyi nafasnya selain merasakan sakit di badan dan kepala. Sudah 6 tahun kejadian yang hampir meragut nyawanya itu berlaku. Beliau dikatakan tidak dapat mengawal kenderaan dan melanggar sebuah van di hadapannya pada tahun 2005.

Sejurus sahaja kejadian itu berlaku, beliau bertuah kerana mendapati dirinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tetapi, ia hanyalah sementara. 2 minggu selepas itu, keseimbangan badannya bertambah buruk saban hari sehinggakan beliau terpaksa berhenti menjadi guru.

Beliau juga didiagnos dengan myalgic encephalomyelitis, satu penyakit yang mempunyai sindrom yang sama seperti keletihan kronik. Doktor juga memberitahu bahawa mereka yang menghidapi penyakit ini mungkin mengalami kerosakan organ dan kematian pramatang. Dan apa yang menyedihkan, penyakit ini tiada penawarnya.

Sejak daripada itu, beliau yang berusia 34 tahun ketika itu hanya berkurung di rumah dan menghabiskan masa di atas katil kerana tidak mampu bangun. Beliau sangat lemah dan tidak mempu berkompromi dengan bunyi dan cahaya. Beliau turut tidak mampu bercakap lebih daripada 5 minit.

Mujurlah beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang agak tradisional di Leeds, England di mana beliau disayangi oleh ahli keluarga. Pada waktu sukar ini, beliau mengharapkan ihsan suami, ibu bapa dan adik beradiknya untuk menjaganya.

Kecederaan awal

Apabila Becky berusia 17 tahun, beliau pernah terlibat dengan kemalangan kereta. Ia mengakibatkan pelvisnya beralih daripada kedudukan asal. di samping terdapat kecederaan pada tulang belakang yang serius. Akibatnya, beliau sering hilang deria rasa pada kakinya dan tidak mampu berjalan. Beliau sudah puas mencuba mengambil pelbagai ubat dan rawatan, namun tiada satu pun yang dapat membantu. Pembedahan juga tidak berhasil untuk memulihkan keadaannya.

Ketika beliau berumur 25 tahun, beliau terlibat lagi dalam kemalangan jet ski, yang mengakibatkan beliau terlantar di katil untuk tempoh seminggu. Masalah tulang belakang yang dialaminya ketika kemalangan kereta tempoh lalu turut kembali menghantui dirinya. Walaupun beliau dikurniakan dengan ahli keluarga yang penyayang, jiran tetangga yang prihatin, kerja yang bagus dan rumahtangga yang bahagia, namun bayangan kesan daripada kemalangan yang dialaminya sangat kuat.

 “Anda perlu berbelas kasihan”

Sepanjang tempoh 6 tahun berkenaan, beliau ternyata sudah putus asa. Namun, pada suatu hari, sewaktu beliau bertengkar dengan suaminya di dalam kereta, beliau terdengar ayat di radio mengatakan: “Anda perlu berbelas kasihan.” Sejurus selepas itu berliau meminta maaf kepada suaminya dan berkata bahawa beliau perlu belajar untuk mempunyai perasaaan belas kasihan. Ia ternyata memeranjatkan suaminya.

Beberapa hari kemudian, sewaktu Becky berdiri di tingkap dapur, beliau melihat seorang wanita berjalan menerusi rumahnya dan meninggalkan sesuatu di pintu hadapan. Beliau kemudian keluar dan mengambil pamplet yang mengandungi 3 perkataan yang menarik perhatiannya, iaitu: “Truthfulness, Compassion, Tolerence”. Ternyata perkataan ‘Compassion’(belas kasihan) mengingatkannya terhadap kata-kata di radio. Beliau kemudiannya menghubungi pihak penganjur berkenaan untuk mendaftarkan diri bersama ibu mertuanya.

Beliau kini menjumpai apa yang diinginkan

Ia merupakan Falun Gong (Falun Dafa), sebuah praktis tradisional China yang akan menambahbaik keadaan minda dan badan. Ia merangkumi 4 set senaman perlahan dan meditasi, di samping membantu mengubah karakter seseorang menjadi lebih jujur, baik dan sabar.

Sewaktu beliau melakukan senama ketiga (senaman berdiri) untuk membersihkan badan dan mengeluarkan tenaga, beliau mengikut sahaja pergerakan yang ditunjukkan oleh pengajar dengan mengangkat tangannya ke udara dan meletakkannya kembali di bawah. Beliau merasai kekuatan tenaga pada badannya.

Selepas bersenam, peserta membaca pula “Zhuan Falun”, iaitu buku utama Falun Gong. Semasa gilirannya untuk membaca, isi kandungan perenggan yang dibacanya adalah mengenai perhubungan yang telah ditakdirkan – Semasa gilirannya untuk membaca, isi kandungan perenggan yang dibacanya adalah mengenai perhubungan yang telah ditakdirkan – di mana apa yang diutarakan amat memberangsangkan dan beliau berperasaan yang amat dalam yang sukar dijelaskan. Beliau tahu yang beliau telah menjumpai apa yang dicarinya. Beliau sangat gembira kerana buku itu memberikan jawapan terhadap semua persoalannya mengenai kehidupan, membuatkannya kini lebih memahami kehidupannya sendiri.

Setelah lama mengamalkannya, beliau mula menyedari bahawa kesihatannya kini beransur pulih. Penyakit asma yang telah lama dihidapinya kini tiada lagi. Tenaganya juga mula menambah, walaupun ototnya masih tidak lagi fleksibel sepenuhnya namun ia terasa semakin kuat. Perubahan paling ketara adalah pada tulang belakangnya.

Pada penghujung tahun 2011, beliau dapat rasakan seperti menerima tusukan minyak pada sendinya apabila mengamalkan senaman kedua iaitu senaman berdiri yang meningkatkan tahap kekuatan dan ketenangan. Samalah seperti sewaktu beliau melakukan meditasi.

Beliau berasa tulang belakangnya seperti dibedah dan diperbetulkan kerana beliau ada terdengar bunyi klik dan berasa tulangnya ditolak ke lokasi asalnya. Apa yang menakjubkan adalah, sakit tulang belakangnya selama 20 tahun pulih dengan begitu cepat!

Secara beransur-ansur, penyakitnya menghilang dan tubuhnya kembali pulih seperti sediakala. Beliau kini tidak lagi mengharapkan ahli keluarga untuk menjaganya, sebaliknya beliau pula yang menjaga adik perempuannya yang sakit dan ibu mertuanya.

Becky berkata: “Mengamalkan Falun Gong membuatkan saya mengecapi kembali kehidupan normal – bebas daripada sebarang kecederaan dan masalah kesihatan yang membelenggu saya selama ini. Prinsip Sejati-Baik-Sabar turut membantu saya menjadi seorang insan yang lebih baik dan mampu bahagia bersama insan tersayang.”.

Era Baru

 

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...