GLOBAL, Keluarga, KESIHATAN

Didiagnosis menghidap kanser akibat merokok, selepas 40 tahun doktor akhirnya dapat mengesan penyakit sebenar dan punca penyakitnya itu!

Didiagnosis menghidap kanser akibat merokok, selepas 40 tahun doktor akhirnya dapat mengesan penyakit sebenar dan punca penyakitnya itu!

Tiada siapa yang akan bersedia apabila diberitahu bahawa dia sedang menghidapi penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.

Sekuat manapun seseorang itu pasti akan timbul sekelumit perasaan takut untuk menghadapi kenyataan bahawa dia memiliki penyakit yang boleh membawa maut kepadanya bila-bila masa sahaja.

Seperti seorang lelaki dari Britain ini dia telah didiagnos dengan kanser selepas melakukan pemeriksaan doktor. Walau bagaimanapun diagnosis tersebut  dikatakan telah tersilap.

Lelaki berusia 47 tahun yang mempunyai kanser paru-paru menjangka untuk menerima beberapa berita gembira selepas dia menjalani beberapa prosedur untuk memeriksa paru-parunya.

Pesakit itu merupakan seorang perokok  dan telah mengalami batuk selama setahun, menjadikan mereka berfikir bahawa dia menghidap kanser.

Walau bagaimanapun, apabila dia menjalani rawatan melalui bronkoskopi, doktor tidak menemui tanda-tanda kanser.

Sebaliknya, mereka menemui konkrit lalu lintas plastik Playmobil kecil yang terperangkap pada salur udara lelaki tersebut. Perkara inilah yang dikatakan telah menajdi simptom kepada penyakit kansernya.

Seorang lelaki menyedut sebuah mainan kecil dan ia terperangkap dalam salur udara paru-paru nya selama 40 tahun.

Lelaki itu kemudian telah didiagnosis menghidap tracheobronchial foreign body (TFB) dan bukannya kanser paru-paru. Doktor berkata ia adalah kes yang unik dan maklumat terperinci mengenai insiden itu telah dicatatkan di dalam laporan BMJ Case Journal.

Dalam laporan itu ada menyebut bahawa pesakit itu mengaku pernah bermain dan menelan potongan set Playmobil yang diberikan kepadanya sebagai hadiah pada ulang tahun ke-tujuhnya.

Oleh kerana sekeping mainan tersekat di laluan udaranya, doktor menjadualkan prosedur untuk mengeluarkan plastik yang disedutnya sedekad yang lalu. Mereka kemudian dapat berjaya mengeluarkan mainan tersebut dengan menggunakan biopsy forceps .

Empat bulan selepas prosedur pengekstrakan dilakukan doktor melaporkan bahawa batuk yang dialami oleh pesakit hampir sembuh sepenuhnya. Doktor menjelaskan lebih lanjut mengenai kes pesakit.

Mereka mendedahkan bahawa kejadian tersedut objek kecil lebih banyak berlaku pada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Biasanya, apabila anak kecil menyedut objek, mereka dapat didiagnosis dalam masa seminggu.

Tetapi dalam sebilangan kecil kes, ia mengambil masa lebih lama untuk melihat simptom yang dialaminya seperti yang berlaku oleh lelaki ini.

Pesakit ini berfikir bahawa dia mempunyai kanser paru-paru kerana dia adalah seorang perokok

Kes seperti ini sememangnya rare untuk berlaku. Doktor berkata mereka hanya mendapati satu insiden berlaku kepada kanak-kanak dan tiga laporan berlaku kepada orang dewasa di mana objek seperti ini tidak dapat dikesan di dalam tubuh mereka selama lebih daripada 20 tahun.

Walau bagaimanapun, doktor agak terkejut bahawa pesakit itu masih dapat menjalani hidup dengan mainan Playmobil yang tersekat pada salur udaranya selama 40 tahun.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...