KESIHATAN

Anda mahu kurus? Kenali enam jenis obesiti dan anda boleh kurus mengikut kaedah yang tepat!

Anda mahu kurus? Kenali enam jenis obesiti dan anda boleh kurus mengikut kaedah yang tepat!

Bersenam, menahan makan, atau diet merupakan antara kaedah untuk mengurangkan berat badan dan kurus.

Kegemukan atau obesiti bukan sahaja boleh memberi kesan kesihatan malah akan memberi kesan psikologi kepada individu tersebut.

Sebelum ‘mengisytiharkan perang’ terhadap kegemukan, anda perlu tahu dahulu punca obesiti boleh berlaku. Kemudian, senaman tertentu yang berfokus boleh dijalankan.

Perkara utama untuk mengurangkan berat badan ialah memberi tumpuan kepada bahagian manakah yang mengalami masalah kegemukan.

Dalam sebuah kajian, manusia terbahagi kepada enam jenis kegemukan dan disini, anda boleh lihat anda berada dalam golongan yang mana.

1. Obesiti Bahagian atas BadanJika anda seseorang yang kuat makan dan tidak suka bersenama, anda cenderung untuk berada dalam kumpulan ini. Anda perlu mengurangkan pengambilan gula dan minimun perlu bersenam selama 30 minit sehari.

Rujuk pakar perubatan jika tidak mendapat keputusan yang baik untuk beberapa tempoh.

2. Obesiti Bahagian Perut atau Perut Buncit 

Masalah utama perut buncit bukan disebabkan oleh makanan tetapi disebabkan seseorang mengalami masalah tekanan, kebimbangan, atau kemurungan. Anda perlu menjalani  senaman yang lebih relaks untuk memberi anda ketenangan.

Jangan terlalu bersenam dengan cara yang keras kerana bimbang anda akan mudah berputus asa. Anda juga dinasihatkan bertemu pakar psikatri untuk mendapatkan nasihat.

3. Obesiti Bahagian Bawah Perut   

Masalah ini sering dialami oleh golongan wanita, iaitu lemak banyak terkumpul pada bahagian peha. Jika anda mempunyai masalah ini, anda perlulah meningkatkan senaman kardio dan senaman bahagian bawah badan.

Senaman ini mungkin memenatkan, tetapi ingat anda mestilah konsisten untuk mendapatkan keputusan yang baik!

4. Obesiti Perut yang Membesar        Jika anda seseorang yang banyak mengambil minuman beralkohol, anda akan mudah mengalami masalah ini.

Oleh itu, anda hanya perlu mengurangkan minuman beralkohol dan lebih baik perlahan-lahan, anda berhenti pengambilan minuman beralkohol.

Anda juga dinasihatkan untuk meningkatkan senaman bernafas supaya dapat meningkatkan kualiti kesihatan.

5. Obesiti Bahagian Bawah Badan termasuk Kaki   

Selepas seseorang wanita bersalin, lemak-lemak bahagian kaki mungkin akan kekal. Anda hanya perlu bersenam aerobik dalam air untuk membakar lemak tersebut. Selamat mencuba!

6. Perut dan Bahagian Belakang Berlemak

Seseorang yang mengalami masalah ini kebanyakkannya tidak rajin bersenam. Oleh itu, anda perlu meningkatkan senaman sambil menjalani gaya hidup yang sihat.

Amalkan pemakanan yang memberi kesihatan kepada anda dan paling penting, jangan makan berlebihan. Kurangkan makanan bergula dan mempunyai lemak yang tinggi.

Kini, anda boleh amalkan pemakanan dan senaman seperti yang disyorkan.

Paling penting, anda mestilah mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, minum minuman beralkohol, dan makan tanpa mengikut aturan yang tidak betul.

Kepada semua pembaca, selamat mencuba!

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...