Ia kelihatan seperti pesawat di dalam filem risikan kerana ia mempunyai kelebaran sayap yang lebih luas daripada padang bola sepak.

Pesawat terbesar di dunia ini telah diperkenalkan oleh pengasas Microsoft, Paul Allen selepas meninggalkan hangarnya di padang pasir di California untuk kali pertama.

“Stratolaunch” mempunyai lebar sayap sebanyak 385 kaki, beratnya pula sehingga 580 tan dan mempunyai enam enjin jet. Tetapi bukan dicipta untuk membawa penumpang.

Pesawat ini direka untuk melancarkan roket ke angkasa daripada udara, di mana ia akan menjimatkan bahan bakar jet berbanding proses melancarkannya daripada darat. Selain itu, ia dapat mengurangkan kos penghantaran kargo ke angkasa lepas.

Ia telah dipindahkan daripada hangarnya untuk ujian bahan api pesawat menurut Stratolaunch Systems. Seluruh pembinaan untuk ujian itu juga sudah hampir tamat manakala jalan pula akan ditar bagi membolehkannya dilancarkan menerusi penerbangan darat. Pelancaran pertamanya dijangka pada awal tahun 2019.

Ia setinggi 50 kaki dengan 28 buah roda dan dijangka mempunyai jarak penerbangan sejauh 2,000 batu nautika, terbang pada ketinggian sekitar 35,000 kaki, kira-kira sama dengan pesawat komersial.

Lebar sayapnya itu meletakkannya sebagai pesawat terbesar di dunia, akhirnya mengatasi pesawat Howard Hughes ‘Spruce Goose’, iaitu pesawat kayu besar yang dibina oleh usahawan terkenal yang membuat penerbangan pertamanya pada tahun 1947.

Allen, yang obses dengan roket sejak daripada kecil lagi, mengasaskan Microsoft bersama Bill Gates pada tahun 1975.

Beliau meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 1982 kerana faktor kesihatan tetapi mengekalkan kepentingan dan pengaruhnya dalam syarikat itu.

Menurut Bloomberg, dia mempunyai nilai bersih $ 21.4bn (£ 16.6bn), yang mana menjadikannya orang terkaya ke-35 di dunia.

Beliau menulis tahun lalu: “Membuka akses ke LEO (orbit bumi rendah) akan memberi banyak faedah. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan lebih banyak satelit yang membolehkan pemahaman yang lebih baik akan sebab corak cuaca kita berubah dan membantu meningkatkan produktiviti pertanian.

“Dan, kita boleh mengkaji kimia atmosfera dengan lebih dekat untuk mengkaji dan mengurangkan perubahan iklim.

“Tetapi tidak satu pun daripada ini akan berlaku dengan cepat jika tanpa meneroka cara baru, fleksibel dan ringkas untuk menghantar satelit ke orbit.”

Projek Stratolaunch pertama kali diumumkan pada tahun 2011. Ia direka untuk melancarkan pelbagai roket, dan melakukannya daripada pesawat yang sedang bergerak supaya dapat menghindari masalah cuaca yang mengganggu pelancaran roket.

Ia bukan satu-satunya syarikat yang cuba melancarkan roket daripada pesawat. Virgin Orbit diasaskan oleh Sir Richard Branson mengumumkan rancangan untuk melakukannya daripada jet Boeing 747-400 pada tahun 2015.

Usahawan teknologi lain termasuk SpaceX dan Blue Origin juga berusaha mengurangkan kos perjalanan di ruang angkasa.

Perbandingan saiz Stratolaunch

Era Baru

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds