INSPIRASI, Pesona, Ria

Takdir kelahiran bersama! Ibu dan anak ini melahirkan bayi lelaki serentak pada hari yang sama

Takdir kelahiran bersama! Ibu dan anak ini melahirkan bayi lelaki serentak pada hari yang sama

Seorang ibu dan anak perempuannya yang merupakan pelarian Syria telah melahirkan bayi mereka serentak dan bersebelahan antara satu sama lain di sebuah hospital di Turki.

Mereka juga menamakan bayi lelaki comel itu dengan nama Recep dan Tayyip bersempena nama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Kredit: ©Getty Images | Anadolu Agency

Seorang ibu dari Syria bernama Fatma Birinci berusia 42 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 September 2017 .

Serentak dengan itu, pada hari yang sama anak perempuannya , Gade Birinci berusia 21 tahun juga melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Konya, Turki.

Menurut Dr Erkan Atas yang menjalankan pembedahan kelahiran keatas mereka, kelahiran luarbiasa itu tidak pernah didengar dan berlaku di hospital tersebut.

“Ia adalah kelahiran ajaib”, kata pakar ginekologi dan obstetrik, Dr Naim Unsal.

Beliau juga mendedahkan sebelum ini kelahiran ibu-ibu itu juga dijalankan dengan kaedah cesareans.

Ibu dan anak ini serta keluarga mereka telah melarikan diri dari Syria, tiga tahun yang lalu akibat perang saudara yang telah tercetus.

Mereka mendapati diri telah hamil pada minggu yang sama.

Menurut sumber berita Turki, Ensonhaber, bayi-bayi lelaki comel ini dinamakan Recep dan Tayyip, bersempena  nama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Kedua-dua bapa saudara lelaki bongsu dan anak saudara lelaki kecil ini dilahirkan dengan keadaan sempurna dan sihat.

Mereka berasa sungguh bertuah dilahirkan di negara Turki yang lebih aman dan tenteram jauh dari peperangan kejam yang sedang berlaku di negara asal mereka, Syria.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...