Produk Teknologi, SAINS & TEKNOLOGI

Gempar! bateri iPhone 8 Plus yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari dilaporkan bermasalah

Gempar! bateri iPhone 8 Plus yang baru sahaja dilancarkan tempoh hari dilaporkan bermasalah

Kita tidak pernah terfikir bahawa jenama yang telah lama unggul di pasaran iaitu produk Apple, iPhone 8 yang baru sahaja dilancarkan pada bulan yang lalu dilaporkan meletup.

Pada minggu lepas, seorang wanita warga Taiwan bernama Wu membeli telefon pintar iPhone 8 Plus berkapasiti 64GB dengan menggunakan perkhidmatan pelan secara ansuran ekoran harganya yang sangat mahal. Pada waktu itu, bateri telefon pintarnya berbaki 70% sebelum Wu bertindak mengecas semula telefonnya menggunakan kabel cas. Tiga minit kemudian, peranti itu mula merekah dan skrinnya mula terkeluar daripada kerangka peranti.

Wu dengan pantas menutup suis kabel berkenaan dan menghantar peranti itu ke pihak Apple untuk pemeriksaan lanjut dan pembaikian. Wanita itu dikatakan masih buntu dan tertanya-tanya mengapa ianya berlaku kerana beliau menggunakan kabel original yang turut bersama di dalam kotak peranti itu ketika ia dibeli.

Kredit: iFeng

Di dalam isiden yang berasingan, seorang warga Jepun berkongsi kisah tentang iPhone 8 Plus baru yang dibelinya di laman Twitter. Malangnya, skrin peranti berkenaan terkeluar daripada kerangka asal secara tiba-tiba. Ia merupakan pengalaman buruk kepada pemuda itu.

Kredit: Twitter

Berkenaan dengan kedua-dua insiden berkenaan, wakil daripada pihak Apple ada mengesahkan isu itu dengan MacRumour. “Kami tahu mengenainya dan akan menyiasat dengan lebih lanjut”, kata wakil Apple.

Kedua-dua kejadian itu berlaku dipercayai berpunca daripada bateri. Untuk pengetahuan anda, bateri telefon pintar itu tidak meletup tetapi ia mengembang – suatu reaksi mekanisma keselamatan bagi menghindari berlakunya letupan dan kebakaran.

Insiden berkenaan sememangnya dijangka menarik perhatian di seluruh dunia, kerana ia telah mengingatkan para pengguna akan kisah Samsung galaxy Note 7 yang mencetuskan trauma. Turut dilaporkan juga bahawa bateri yang dibekalkan untuk peranti iPhone 8 berasal daripada syarikat sama yang membekalkan bateri Samsung Galaxy Note 7.

Kredit: Android Authority

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...