KESIHATAN, NASIONAL, VIDEO

Wanita warga emas rayu bantuan untuk ubati penyakit dan kemaskan rumahnya yang dipenuhi sampah sarap

Wanita warga emas rayu bantuan untuk ubati penyakit dan kemaskan rumahnya yang dipenuhi sampah sarap

Kisah seorang pesara kerajaan baru-baru ini disiarkan di media sosial menjadi tular kerana merayu kepada orang ramai yang sudi untuk membantu mengubati penyakitnya serta mengemas rumahnya.

Zaidah Mansor, 67 tahun yang tinggal sebatang kara di Ampang dikatakan hidup dalam longgokan sampah di rumahnya sendiri yang kali terakhir dikemas kira-kira tujuh tahun lalu.

Selepas bercerai dengan suaminya 17 tahun lalu, Zaidah mula menghidap penyakit bengkak kaki dan memerlukan rawatan.

Disebabkan masalah kesihatan tersebut juga, pergerakan Zaidah menjadi terbatas sekali gus membuatkan dia tidak mampu untuk mengemas rumahnya sendiri.

“Semenjak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak. Lama-kelamaan, rumah saya menjadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkanlah,” kata Zaidah.

Keadaan ruang tamu rumah Zaidah begitu semak dan dipenuhi timbunan sampah sarap seperti plastik, kertas dan barangan perkakasan rumah. Malahan, laluan untuk Zaidah bergerak setiap hari juga agak terbatas dan sempit.

Tambah Zaidah lagi, tiada siapa yang mengetahui bahawa dia tinggal dalam keadaan sebegitu kerana pintu rumahnya sentiasa ditutup. Selain itu, Zaidah juga tidak memasak dan hanya akan membuat tempahan makanan di restoran yang berdekatan melalui panggilan telefon.

Marilah kita berdoa agar kesihatan Puan Zaidah sentiasa terjaga dan rumahnya kembali bersih atas bantuan orang awam.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...