Benua Amerika, GLOBAL

50 orang terbunuh dan 400 cedera dalam insiden tembakan rambang terburuk di Las Vegas

50 orang terbunuh dan 400 cedera dalam insiden tembakan rambang terburuk di Las Vegas
Satu insiden menembak rambang berlaku di Las Vegas pada 1 October, 2017 telah membunuh 50 orang dan menyebabkan lebih 400 orang cedera. (David Becker/Getty Images)

LAS VEGAS – Seorang penembak telah menembak rambang dari tingkat 32 sebuah hotel ke arah penonton konsert terbuka di The Strip, Las Vegas pada 1 Oktober 2017 pada jam 10 malam waktu tempatan,  membunuh 50 orang dan mencederakan 400 orang yang lain.

Kredit: David Becker/Getty Images

ABC News melaporkan insiden tembakan ini sebagai tembakan rambang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Penembak rambang itu telah dikenal pasti sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun. Suspek telah didapati telah membunuh diri apabila pihak polis menyerbu bilik hotelnya di Hotel Mandalay Bay.

Kredit: REUTERS/Ethan Miller/File Photo

Pihak polis mengesyaki teman wanitanya yang bernama Marilou Danley juga bersubahat dengan pembunuh tembakan rambang ini, walau bagaimanapun dia kemudian disahkan tidak berkenaan dengan insiden ini.

Pada bulan Jun tahun lalu, sebuah kelab malam di Orlando, Florida telah diserang dalam satu insiden tembakan rambang mengorbankan 49 nyawa.

Jurucakap Clark County, Sheriff Joseph Lombardo berkata, “Pihak kami masih tidak mengetahui apa kepercayaan sistem suspek. Apa yang kami ketahui dia bertindak sendirian di tempat kejadian.”

Kredit: REUTERS/Las Vegas Sun/Steve Marcus

Pihak polis Las Vegas Metro juga sedang mencari dua kereta kepunyaan suspek.

Satu spekulasi tentang tembakan lain dan bom yang dipasang pada kereta di kawasan tersebut adalah tidak benar. Satu rakaman video menunjukkkan serangan itu telah menyebabkan penonton konsert menjadi panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila melihat berdas-das tembakan rambang dihalakan ke kawasan tersebut.

Kredit: David Becker /Getty Images

Kasino, kelab malam dan pusat beli belah menjadi tarikan 3.5 juta pelancong dan pelawat dari seluruh dunia ke Las Vegas. Tempat itu dipenuhi ramai pengunjung apabila tembakan rambang itu telah dilepaskan kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Konsert Route 91 Harvest Festival itu berlangsung selama 3 hari  di The StripLas Vegas Village dengan dihadiri ribuan pengunjung dan penonton yang menyaksikan persembahan artis country terkenal Eric Church, Sam Hunt dan Jason Aldean.

Kredit: David Becker/Getty Images

Fox News melaporkan, Jason Aldean sedang melakukan persembahan apabila tembakan rambang itu dilepaskan. Sejurus selepas itu, dia telah dibawa masuk ke dalam Resort dan Kasino Mandalay Bay dan dilaporkan selamat.

Pihak polis sedang menyiasat identiti dan motif sebenar suspek melakukan tembakan rambang itu.

Kredit: Ethan Miller/Getty Images

Seorang saksi dikenali sebagai Christine memberitahu CNN, dia dan suaminya telah membawa mangsa ke dua buah hospital berbeza di Pusat Perubatan Universiti dan Pusat Perubatan dan Hospital Sunrise.

Menurutnya, “Tembakan itu datang bertalu-talu. Dan semua orang menjerit dan mengarahkan kami supaya lari, lari selaju yang boleh.”

Seorang penonton konsert bernama Zack memberitahu Fox News yang dia melihat kakaknya telah ditembak di kepala.

Kredit: Ethan Miller/Getty Images

Berikutan insiden tersebut pihak berkuasa telah mengarahkan kesemua kasino dan kelab malam di kawasan itu ditutup sementara bagi kerja penyiasatan.

Lapangan Terbang Antarbangsa McCarran yang terletak berdekatan dengan Hotel Mandalay Bay telah menghentikan penerbangan buat sementara waktu selepas insiden tembakan itu. Dan akan mengumumkan beroperasi semula kelak di laman Twitter.

Kredit: REUTERS /Las Vegas Sun /Steve Marcus

Amerika Syarikat telah mengalami beberapa insiden tembakan rambang selama beberapa tahun ini. Sebelum kejadian tembakan di Orlando, seorang penembak telah menembak mati 32 orang di Universiti Teknologi Virginia pada April 2007. Pada bulan Disember 2012 seorang lelaki telah menembak mati 26 kanak-kanak dan guru di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...