Aneh, Berita Hiburan

Tidak faham fungsi promosi ‘beli 3 percuma 1’ membuatkan seorang wanita hampir bertengkar dengan penjual minuman

Tidak faham fungsi promosi ‘beli 3 percuma 1’ membuatkan seorang wanita hampir bertengkar dengan penjual minuman

Di Taiwan, industri minuman adalah industri yang sangat besar dan mendapat banyak keuntungan. Setiap premis yang menjual minuman akan cuba bersaing dengan pelbagai cara bagi menarik pelanggan.

Antara iklan dan promosi yang sering digunakan adalah ‘Beli 1 Percuma 1’. Akan tetapi, terdapat segelintir pelanggan yang langsung tidak memahami bagaimana promosi ini berfungsi.

Malahan, pelanggan yang merupakan seorang wanita ini juga mempunyai penjelasan yang tersendiri mengenai promosi tersebut.

Semasa memasuki sebuah premis yang menawarkan promosi ‘Beli 3 Percuma 1’, wanita ini memutuskan untuk membeli enam cawan minuman. Dia kemudian bertindak mahu membayar hanya empat cawan minuman daripada enam cawan yang dipesannya.

Sedangkan kita semua tahu bahawa wanita tersebut akan mendapat enam cawan minuman beserta dua lagi cawan minuman yang diberikan secara percuma. Setelah mengesahkan pesanan wanita tersebut, gadis penjual berkenaan yang agak keliru bertanya sekali lagi kepada wanita berkenaan.

“Cik pesan enam minuman dan akan mendapat tambahan dua cawan secara percuma. Apakah minuman yang cik mahukan untuk dua cawan percuma tersebut?”

Berang dengan gadis penjual tersebut, wanita ini bertindak membidas fakta di sebalik promosi tersebut.

“Promosi ini menyatakan jika saya membeli enam cawan, saya akan mendapat dua cawan percuma bukan? Maksudnya, saya hanya perlu membayar untuk empat cawan dan dua lagi cawan adalah percuma. Faham?”

Penjual tersebut menjawab, “Jika cik hanya membayar untuk empat cawan, maka ia tidak akan termasuk di dalam promosi ‘Beli 6 Percuma 2”.

Guru berkenaan menjadi semakin geram dan berkata, “Promosi ini adalah beli 6 percuma 2. Ia sepatutnya menjadi enam cawan dengan dua cawan yang diberikan secara percuma. Macam ini awak berniaga? Batalkan pesanan saya, saya tidak lagi berminat!”

Selepas insiden tersebut, penjual berkenaan kelihatan terpinga-pinga. Perkara yang melucukan mengenai perbualan tersebut adalah sewaktu pertelingkahan berlaku, terdapat seorang pelajar sekolah rendah yang menyaksikan serta mendengar semua perbualan mereka.

Pelajar tersebut turut mengajukan soalan kepada wanita tersebut, “Jika Starbucks buat promosi beli 1 percuma 1, adakah saya tidak perlu membayar minuman yang dipesan?”

Reaksi dan penjelasan logik wanita ini menghiburkan netizen. Penjelasan yang diberikan begitu berlainan daripada pemikiran individu lain. Susah sangat ke nak faham promosi tersebut?

Pada fahaman ramai, promosi ‘Beli 6 Percuma 2’ membawa maksud pelanggan akan mendapat tambahan dua cawan secara percuma melalui pembelian enam cawan minuman.

Secara ringkasnya, pelanggan akan mendapat lapan cawan dengan pembayaran enam cawan minuman. Mudah bukan? Tetapi fahaman wanita ini begitu berlainan dan mengelirukan.

Inilah ragam yang perlu dihadapi oleh jurujual terutamanya yang melibatkan pelanggan cerewet seperti wanita berkenaan. Mereka mempunyai pandangan yang tersendiri dan hanya difahami oleh mereka sahaja.

Istilah ‘customer always right’ nampaknya tidak boleh diaplikasikan dalam semua situasi terutamanya situasi yang baru berlaku di atas. Melucukan!

Era Baru

Kategori:Aneh Berita Hiburan

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...