INSPIRASI, Produk Teknologi

Lelaki ini telah menghasilkan teknologi selimut simen yang sangat hebat dan mampu mempercepatkan proses pembinaan

Lelaki ini telah menghasilkan teknologi selimut simen yang sangat hebat dan mampu mempercepatkan proses pembinaan

Kita semua mengetahui bahawa batuan konkrit merupakan bahan yang paling penting dalam proses pembinaan.

Namun, proses untuk mencampurkan bahan-bahan simen ini mengambil masa yang agak lama selain memenatkan dan kurang efisien.

Bagi mengatasi masalah tersebut, seorang lelaki berusia 52 tahun bernama Cai Xiaomin telah berjaya menghasilkan satu bahan baru yang sangat hebat. Ianya disebut sebagai selimut simen!

Ianya kelihatan seperti selimut biasa yang agak tebal.

Namun setelah dicurahkan air ke atasnya, selimut simen ini akan menjadi batuan konkrit yang sangat keras dan kukuh!

Cai mendapat idea untuk menghasilkan teknologi simen dan tekstil ini daripada pengalamannya semasa di Jepun.

Tambahnya, sewaktu kunjungan ke satu projek pembinaan Shinkansen, Cai telah ditegur oleh salah seorang pekerja Jepun yang menyatakan bahawa individu dari Tiongkok tidak dibenarkan untuk melihat projek berkenaan.

Justeru, Cai bertekad untuk menghasilkan teknologi terkini yang memudahkan pekerja pembinaan.

Selain menjalankan banyak ujikaji, Cai akhirnya berjaya menemui teknologi selimut simen lalu mengusahakan perniagaan tersebut.

Terdapat beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan daripada penggunaan selimut simen ini.

Antaranya, ia mudah dipasang, memiliki ketahanan tekstil yang kuat, boleh dipasangkan pada sudut mendatar dan juga menegak serta boleh diletakkan di atas parit atau longkang dengan mudah.

Teknologi selimut simen ini juga membolehkan ia dipotong dengan mudah mengikut ukuran yang diinginkan.

Dengan berat hanya 15kg bagi setiap meter persegi, bahan baru dalam bidang pembinaan ini boleh diangkut ke mana sahaja.

Memandangkan ia memiliki ketahanan seperti bantuan konkrit sebenar, bahan ini digunakan secara meluas terutamanya dalam industri pembuatan laluan kereta api, pembangunan infrasturktur jalan raya dan sebagainya.

Apa yang penting, selimut simen ini mampu menjimatkan penggunakan bahan asli sebanyak 90% dengan tempoh waktu pembinaan menjadi lebih singkat.

Melalui perusahaan tersebut, Cai berjaya meraih sejumlah pendapatan yang sangat besar. Penggunaan selimut simen ini juga sangat popular di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara besar yang lain.

Ternyata, semangat juang Cai akhirnya membuahkan hasil dan mendapat pujian daripada ramai orang di seluruh dunia.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...