GAYA HIDUP, KESIHATAN

Senaman Falun Dafa, mendapat sambutan baik daripada sebuah sekolah di Batam, Indonesia

Senaman Falun Dafa, mendapat sambutan baik daripada sebuah sekolah di Batam, Indonesia

Senaman Falun Dafa mempunyai manfaat yang amat besar iaitu boleh memberi ketenangan dan bantu mengawal tekanan.

Sebagai satu langkah awal pengenalan, beberapa pengamal Falun Dafa di Indonesia telah turun padang bagi mendidik pelajar sekolah mengenai latihan itu.

16 September 2017, merupakan satu detik yang indah bagi para pelajar, staf dan guru SMK Negeri 7 Batam kerana dilatih satu senaman baru yang mudah dan berfaedah.

Kebanyakan pelajar mengatakan senaman itu memberi impak yang positif kepada mereka. Para peserta merasakan badan mereka menjadi lebih ringan dan jiwa lebih tenang.

Salah seorang guru, Adi Prabowo mengatakan, latihan ini memberinya ketenangan dan memudahkan dirinya untuk mengawal para pelajar yang ramai.

Ternyata, walaupun latihan yang diberikan kepada 800 orang murid, staf, dan guru ini singkat iaitu hanya empat langkah sahaja tetapi telah diterima baik oleh para peserta.

Bagi pengetahuan semua, Falun Dafa juga dikenali sebagai Falun Gong, merupakan senaman jiwa raga berasaskan prinsip Sejati-Baik-Sabar. Senaman ini adalah sejenis senaman qigong yang berasal dari China pada tahun 1992.

Sehingga kini, senaman ini telah diamalkan di 114 negara. Kebanyakan pengamalnya dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat daripada segi mental dan fizikal, tubuh lebih ringan serta mengurangkan tekanan.

Malah, Falun Dafa sentiasa membuka keahlian kepada sesiapa tanpa perlu membayar sebarang yuran. Jika berminat, anda boleh menyertai latihan ini bila-bila masa sahaja.

Jika anda juga berminat, anda boleh melayari laman web www.falundafa.org untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: id.minghui.org

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...