Asia, Galeri Foto, GAYA HIDUP, Kebudayaan

Kampung Sukan Olimpik di India, bukan sembarangan sukan dengan pelbagai acara unik dan epik!

Kampung Sukan Olimpik di India, bukan sembarangan sukan dengan pelbagai acara unik dan epik!

Biasanya, dalam apa-apa temasya sukan sememangnya atlet profesional sahaja akan menjadi peserta.

Tetapi dalam satu temasya sukan yang berlansung sejak Februari 1933, sukan ini masih mengekalkan tradisinya iaitu pesertanya terdiri daripada golongan petani dan masyarakat kampung.

Malah, para peserta bukan sahaja terdiri daripada golongan belia malah golongan tua dan juga wanita. Temasya sukan bersejarah ini berlansung setiap tahun pada bulan Februari di Punjab, India dengan pelbagai acara dipertandingkan.

Festival Sukan Kila Raipur sememangya satu acara sukan yang besar, nostalgik, dan penuh debaran dengan pelbagai acara yang menghiburkan. Tahukah anda acara apakah yang berlansung dalam temasya ini?

1. Lari pecut

Warga emas tidak ketinggalan daripada menyertai acara ini.

2. Aksi Ekstrem dengan dibawah traktor

 

Seorang peserta membiarkan dirinya dilalui oleh traktor.

Acara relung api dipertandingkan dalam Festival Sukan Kila Raipur.

Sukan ini hanya salah satu sukan ekstrem yang berlansung dalam temasya tahunan ini.

Mereka bukan sahaja membiarkan traktor melalui badan mereka malah terdapat juga acara menarik kenderaan menggunakan gigi, gusti, dan aksi lasak bersama motosikal serta melompat dalam relung api.

3. Perlumbaan Kerbau Kambala

Seorang peserta menunggan dua ekor kerbau dalam acara perlumbaan kerbau yang diadakan sawah padi. Laluan perlumbaan ini diadakan di sawah padi dengan menggunakan dua ekor kerbau dan seorang penunggang.

Acara ini sangat menarik dan merupakan antara perlawanan tumpuan. Akan tetapi menurut The Wall Street of Journal, perlumbaan kerbau telah diharamkan pada tahun 2014 oleh Mahkamah Tinggi India.

Pengharaman ini diusulkan oleh Animal Welfare Board of India, selepas menyaksikan perlumbaan ini mengeksploitasi kerbau untuk kegunaan persembahan.

4. Seni Bela Diri Gatka

Perlawanan Gatka, seni bela diri tradisioanal masyarakat Sikh turut dijadikan salah satu acara dalam festival sukan ini. Masyarakat Sikh mencipta seni bela diri tradisional dikenali sebagai Gatka, sebagai satu perlindungan diri sendiri untuk berdepan tentera Mughals.

Sukan ini dimainkan dengan dua orang peserta berlawan dengan menggunakan sebatang kayu. Gatka bukan sahaja satu seni bela diri malah satu amalan ritual agama Sikh.

5. Vallam Kali- Perlumbaan Bot Tradisional

Dua bot ular sedang memecut laju sambil disaksikan oleh ribuan penonton. Perlumbaan bot kebanyakkan dikenali sebagai bot naga tetapi dalam temasya sukan ini dikenali sebagai bot ular.

Sukan ini sememangnya hangat dipertandingkan kerana setiap pasukan juga mempunyai kumpulan sorak malah merupakan salah satu tarikan pelancong.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...