Sesuatu yang mengecewakan dan menakutkan apabila kita mendengar berita mengenai penjenayah yang berjaya meloloskan diri dan terselamat dari di tangkap oleh pihak berkuasa setelah melakukan jenayah.

Kisah pelanggar undang-undang ini yang berjaya lari dari dijatuhi hukuman menerusi teknik, kepintaran dan tuah cukup mengagumkan dan menjadi satu bahan bacaan yang menarik seperti kisah pembunuh bersiri Jack the Ripper, Arsene Lupin dan Dexter.

Namun begitu, kisah mengenai individu yang kurang pintar dan tidak seharusnya melakukan jenayah tidak kurang seronoknya.

Daripada pendedahan menerusi laman sesawang dan laman sosial, kami akan mendedahkan kisah penjenayah yang ditangkap kerana lagak, kecuaian atau mungkin sekali kebodohan mereka.

#10 Ditangkap selepas memuat naik status di laman Facebook selepas melakukan jenayah

Jika anda sedang cuba menyorok dari pihak berkuasa, perkara yang perlu anda elakkan ialah memuat naik status di laman sosial. Selepas melakukan jenayah penipuan bank, dia menjadi buruan pihak berkuasa.

Tabiat beliau ialah dia sering memuat naik status. Walaupun mengetahui bahawa dirinya merupakan buruan pihak berkuasa, dia sering kali memuat naik status.

Dia juga menambah dan berkawan dengan bekas pegawai pengadilan di dalam senarai rakannya di Facebook.

#9 Google Maps menangkap aksi dan perlakuan penjenayah

 

Dua remaja merompak basikal dan telefon pintar seorang kanak-kanak yang berbasikal. Malang bagi mereka apabila kereta Google melalui pada masa yang tepat dan menjadi bukti kepada tindakan dan perbuatan jenayah mereka.

#8 Meninggalkan kotak piza bersama alamat

Seorang penjaga unit stor mencuri barangan dari stor tersebut. Semasa dalam proses mencuri, dia telah meninggalkan sekotak piza bersama dengan alamat pada kotak tersebut.

Pihak polis menuju ke alamat yang tertulis dan menangkap penjenayah tersebut serta-merta.

#7 Tindakan vandalisme “Killroy was here

Frasa “Killroy was here” atau “Killroy pernah di sini” merupakan satu ekspresi yang dimulakan oleh askar Amerika Syarikat pada era Perang Dunia Ke-2. Askar-askar biasanya akan menulis di dinding-dinding di tempat mereka pernah singgah.

Seorang remaja British bernama Peter Addison melakukan jenayah vandalism yang sama di dinding tempat awam. Pihak berkuasa dengan mudah dapat menangkap remaja tersebut.

#6 Renungan mata juling

Pada tahun 2011, berlaku keganasan dan mogok tunjuk perasaan jalanan di Britain. Seorang dari mereka yang terlibat dalam mogok itu, Andrew Buris, membakar kedai-kedai dan menyebabkan kerugian kira-kira RM 6 juta dan memusnahkan rumah awam.

Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dan dapat mengecam pelaku dan penjenayah tersebut. Walaupun Buris menutup mukanya, pihak polis masih dapat mengenal pasti mata julingnya.

#5 Laporan palsu kecurian telefon

Seorang lelaki dari Afrika Selatan mengatakan bahawa telefon bimbitnya telah dirompak. Malangnya, semasa pihak polis cuba menghubungi nombor telefonnya, terdapat gegaran dan bunyi di mangsa, yakni telefon bimbitnya yang dikatakan telah dicuri.

Dia mendedahkan bahawa penipuan itu dilakukan untuk menuntut duit insuran.

#4 Kesan tapak kaki salji

Alam semula jadi adalah pembantu peribadi yang terbaik. Selepas kejadian ribut salji, Clark merompak Kedai Barang Kemas Michael Hayes di Solon.

Malang bagi Clark, dia tidak sedar dalam cubaan melarikan diri beliau, dia sendiri telah meninggalkan jejak. Pihak polis dengan segera dapat menjejak Clark menerusi kesan tayar kereta dan kesan tapak kasut.

#3 Lagak

Di Galveston, Texas, satu pita rakaman menangkap aksi seorang pencuri menari sebelum melarikan sebuah kereta. Dengan mengecam tarian tersebut, penjenayah berusia 16 tahun tersebut berjaya ditangkap.

#2 Bukti kejadian di’tatu’kan

Seorang lelaki, Anthony Garcia mencacah tatu mengenai babak kejadian jenayah yang dilakukannya. Dia mencacah tatu secara kekal di badannya.

Tatu tersebut menjadi bukti yang cukup untuk menahan pelaku jenayah ini.

#1 World of Warcraft

Ketagihan permainan atas talian memakan diri lelaki ini. Seorang pengedar dadah, Alfred Hightower berjaya ditangkap selepas pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut merupakan pemain tegar permainan World of Warcraft.

Pihak berkuasa berjaya menjejaki karakter Hightower dalam World of Warcraft, iaitu Tauren Shaman bernama “Rastlynn.” Pihak berkuasa berjaya menjejak lokasi penjenayah tersebut selepas mengetahui alamat IP –nya.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds