KESIHATAN, Produk Teknologi

Kisah pengasas produk organik Enhance yang sembuh daripada kanser setelah mengamalkan sup sayur ajaib

Kisah pengasas produk organik Enhance yang sembuh daripada kanser setelah mengamalkan sup sayur ajaib

Profesor Cindy Lin yang juga pengasas kepada produk organik jenama Enhance telah menghidap ketumbuhan otak. Kira-kira 20 tahun lalu, Cindy telah didiagnos dengan ketumbuhan sebesar lima sentimeter pada bahagian otaknya.

Memandangkan ketumbuhan tersebut berada di dalam otak, proses pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut tidak dapat dijalankan. Hal ini kerana ianya boleh menyebabkan risiko lumpuh sepanjang hidup.

Lantaran itu, para doktor turut menjangkakan bahawa Cindy hanya berkemungkinan untuk hidup bagi tempoh enam bulan sahaja lagi. Dugaan demi dugaan menempuh hidup Cindy setelah kehilangan bapa dan abang tercinta. Sementara itu, suaminya pula telah mengabaikannya dan bertindak melarikan diri dengan wang mereka.

Satu pengalaman sewaktu mengembara dan menjalankan urusniaga di Jepun membuatkan Prof. Cindy teringatkan Presiden Sawano yang pernah menjadi rakan niaganya di negara matahari terbit itu.

Sawano dikatakan menghidap kanser hati tahap akhir dan terpaksa menarik diri daripada terus menjalankan perniagaan. Akan tetapi, Sawano telah menemui satu rawatan yang boleh mencegah penyakitnya iaitu dengan meminum campuran khas daripada sup sayur.

Ekoran peristiwa yang menakjubkan ini, Presiden Sawano telah memperkenalkan Cindy dengan kelab kesihatan Jepun yang dikendalikan oleh pakar sel badan, Profesor Tateishi Kazu.

Hampir berada di ambang maut tetapi keajaiban berlaku

Sawano telah meminta Prof. Tateishi untuk menghantar resipi tentang ramuan khas daripada lima jenis sup sayur yang penuh nutrisi dengan sup daripada beras perang. Selepas mengamalkannya selama tiga hari, Cindy merasakan kesakitan yang ringan pada kepalanya. Seolah-olah kesakitan tersebut terus keluar dari bahagian kepalanya.

Dalam tempoh enam bulan, secara ajaibnya Cindy berjaya pulih sepenuhnya daripada kanser tersebut. Peluang hidup kedua yang diperolehinya ini membuatkan Cindy berasa amat bersyukur. Justeru, Cindy bertekad untuk menutup perniagaan beg tangan kulit yang diuruskannya sebelum ini dan mengasaskan produk organik bioteknologi Enhance.

Sayuran Jepun menjadi pati keajaiban bagi kelahiran semula

Prof. Cindy turut meminta Prof. Tateishi untuk memberikan kebenaran bagi menghasilkan produk sup sayur tersebut. Segala-galanya bermula dengan bahan-bahan organik.

Untuk menghasilkan bahan semulajadi yang sesuai dengan piawaian pertanian Jepun, tanah untuk tanaman tersebut perlu dibiarkan selama tiga tahun dengan tambahan dua tahun lagi bagi membolehkan tanah itu menjadi subur. Di samping itu, kawasan sekitar tanah yang ingin dibangunkan untuk penanaman ini juga tidak boleh wujud sebarang tapak pembinaan industri atau perumahan.

Kualiti air untuk mengairi tanaman juga haruslah bersih dan boleh diminum tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. Tanaman juga tidak boleh dibaja dengan baja buatan manusia. Bukan sahaja itu, penggunaan racun serangga juga adalah dilarang. Hanya dengan kaedah ini, sayur-sayuran tersebut boleh membesar dalam keadaan semulajadi sepenuhnya.

Lima sayuran berwarna yang sepadan dengan organ dalam manusia

Lima elemen

Kayu Api Tanah Logam Air
Lima warna Hijau Merah Kuning Putih Hitam
Lima jenis sayuran berkualiti

 

Daun lobak Lobak merah Akar burdock Lobak putih Jepun (daikon) Cendawan shitake kering
Lima warna sepadan dengan organ dalaman Hati dan pundi hempedu

 

Jantung, usus kecil Limpa, perut Paru-paru, usus besar

Buah pinggang, pundi kencing

Prof. Tateishi turut memberi tunjuk ajar kepada Cindy berkenaan jenis tanaman, jenis benih dan kuantiti yang diperlukan bagi menghasilkan sup tersebut. Daun lobak, lobak merah, akar burdock, lobak putih Jepun (daikon) dan cendawan shitake kering boleh menghasilkan sup sayur dengan campuran lima jenis warna iaitu hijau, merah, kuning, putih dan hitam.

Sepadan dengan organ dalaman manusia dan lima elemen (Wu Xing), sup sayur ini sesuai dimakan bersama sup beras perang. Ia juga dipercayai boleh mencapai keharmonian yin dan yang di dalam badan seseorang sekali gus membantu membersihkan badan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Membina kilang bagi memenuhi Standard Pertanian Jepun.

Prof. Cindy berjaya menemui sebuah kawasan di Hyogo yang 100% bebas pencemaran sekali gus membuatkan beliau tekad untuk membina kilang makanan berteknologi tinggi di atas tanah tersebut.

Peralatan seperti alat pengering beku yang digunakan di angkasa lepas dan teknologi makanan lain turut digunakan bagi mengekalkan kandungan nutrisi dalam tanaman. Seterusnya, kaedah pengeringan pengkristalan yang mengisar halus bahan-bahan bagi memudahkan segala molekul-molekul ini mudah diserap oleh usus manusia.

Setiap uncang mengandungi lebih daripada 6.6 kilogram nutrisi berkhasiat yang diperolehi daripada sayur-sayuran tersebut.

Mempromosikan pekerjaan kepada sukarelawan dan kaum ibu

Sejak produk Enhance ini diasaskan pada tahun 2000, Cindy mula memasarkan produknya ke Taiwan. Memandangkan produknya baru di pasaran Taiwan, Cindy telah berusaha untuk memperluaskan promosi dengan membuka tapak perniagaan di taman selain memberikan sup ini kepada para pesakit di hospital.

Tempoh 10 tahun diambil oleh Prof. Cindy dalam usaha untuk meraih penerimaan kaum ibu, surirumah, ahli perniagaan dan pelbagai lapisan masyarakat terhadap sup sayur bernutrisi tinggi ini.

Keazaman Cindy telah membuatkan ramai pengguna percaya akan manfaat produk tersebut sekali gus menyebabkan mereka menjadi pekerja setia Enhance.

Esen yang membolehkan setiap individu, cantik di luar dan cantik di dalam

Daripada seorang gadis muda yang gemar menyanyi, berpakaian cantik dan suka berangan, Cindy hampir menyerah kalah setelah takdir menentukan bahawa ajal bakal menemuinya. Namun dengan pengambilan sup yang penuh nutrisi ini, Prof. Cindy bukan sahaja sembuh sepenuhnya tetapi turut kelihatan awet muda!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...