KESIHATAN

Jika anda mengalami sakit kepala, keletihan dan insomnia, mula amalkan pengambilan ini

Jika anda mengalami sakit kepala, keletihan dan insomnia, mula amalkan pengambilan ini

Mungkin ramai yang merasakan apabila anda mengalami sakit kepala, keletihan dan insomnia itu adalah simptom akibat badan telah bekerja dengan kuat.

Tetapi sebenarnya sakit kepala, keletihan dan insomnia itu adalah disebabkan rendahnya tahap magnesium dan kandungan vitamin K di dalam badan anda.

Ketahui fakta pantas tentang pentingnya elemen mikro ini dalam menangani masalah kesihatan anda.

Magnesium

Kredit: © depositphotos  

Magnesium melibatkan tindakbalas dengan sekurang-kurangnya 300 kimia yang berbeza di dalam badan. Ia membantu menukar makanan menjadi tenaga dan membentuk protein yang baru dari asid amino.

Maka atas sebab ini magnesium diambil untuk mengurangkan rasa keresahan, tekanan dan melawan keletihan. Pengambilan magnesium mampu membendung sakit kepala yang berpanjangan dan membantu memulihkan migrain.

Kekurangan magnesium akan menurunkan tahap serotonin yang akan menyukarkan perjalanan darah dan akan memberi kesan kepada fungsi peneuropancar. Dengan rendahnya tahap magnesium di dalam badan, ia akan mengakibatkan kemurungan dan insomnia.

Sumber Magnesium

Adalah disyorkan pengambilan magnesium didalam diet yang telah ditetapkan ialah 400 miligram bagi lelaki dewasa berumur 19 hingga 30 tahun dan 420 miligram bagi lelaki 31 tahun ke atas. Manakala bagi wanita , pengambilan magnesium yang disyorkan ialah 310 miligram bagi wanita dewasa berumur 19 hingga 30 tahun dan 320 miligram bagi wanita 31 tahun ke atas.

Di bawah adalah sumber terbesar magnesium untuk pengambilan dalam diet anda.

1.Bayam

2.Kekacang

3.Beras perang

4.Roti dari sumber bijirin

5.Ikan

6.Daging

7.Avacado

Vitamin K

Kredit: © depositphotos  

Vitamin K menyimpulkan protein yang merupakan bahan penting dalam pembekuan darah dan menghentikan pendarahan. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan pendarahan dan luka tidak menyembuh dengan baik.

Faedah lain dengan pengambilan vitamin K yang dicadangkan tetapi masih belum dapat dibuktikan secara saintifik termasuklah ia melindungi salur dan injap darah dari dikalsifikasi (pengapuran) dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan kanser prostat.

Vitamin K bekerjasama dengan vitamin D untuk membolehkan kalsium diserap di dalam tulang dan ini akan membantu tulang menjadi lebih kuat. Dengan kurangnya kandungan vitamin K di dalam badan, ia boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh dan senang retak.

Sumber Vitamin K

Adalah disyorkan pengambilan Vitamin K bergantung kepada umur, jantina dan berat badan. Namun pengambilan biasa yang disyorkan ialah 0.001 miligram vitamin K untuk setiap 1 kilogram berat badan.

Dibawah adalah sumber terbesar vitamin K untuk pengambilan dalam diet anda.

1.Herba seperti daun basil, sage, taim, pasli, ketumbar, marjoram dan kucai.

2.Sayur berdaun hijau seperti kailan, bayam, sawi, kolak, sayur bit, lobak hijau dan sayuran hijau yang lain.

3.Daun salad seperti daun bawang, daun selada, salad radicchio, selada air, salad romaine , salad merah, saleri dan salad iceberg.

4.Sayuran kobis seperti Brussel sprout, brokoli, kobis bulat dan panjang, pak choi dan kobis bunga.

5.Herba pedas seperti cili merah, cili cayenne, paprika, serbuk cili dan serbuk kari.

6.Selain itu, vitamin K terdapat pada asparagus, daun bawang putih, okra, jeruk timun, kacang soya, minyak zaitun dan buah-buahan kering.

Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor apabila mahu mengambil pil magnesium dan vitamin K. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ia berinteraksi dengan elemen dan ubatan lain yang akan memberi mudarat.

Seeloknya ambil ia dalam bentuk makanan seperti sumber di atas yang dimasak dengan bahan dari sumber vitamin yang lain.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...