KESIHATAN

10 makanan dan minuman yang harus dicuba bagi mengelak rasa mengantuk

10 makanan dan minuman yang harus dicuba bagi mengelak rasa mengantuk

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anda dari rasa mengantuk? Tambahan apabila anda sedang melakukan kerja yang banyak dan mengejar waktu, pada waktu itulah rasa mengantuk datang mengganggu.

Cara yang paling efektif untuk berasa tidak mengantuk itu adalah tidur yang mencukupi dan berkualiti selama 6 ke 8 jam. Dengan itu, tubuh badan akan berasa lebih bertenaga dan produktif dalam menjalani hari anda.

Tetapi kadangkala, walaupun tidur itu mencukupi, kita akan tetap berasa mengantuk dan menjadi kurang fokus apabila melakukan pekerjaan.

Terdapat beberapa makanan dan minuman yang boleh anda ambil dan cuba untuk mengelakkan rasa mengantuk. Sila lihat 10 senarai di bawah.

1. Kopi

Kredit: theodysseonline.com

Kopi sangat membantu dalam menghilangkan rasa mengantuk. Kandungan kafein di dalam kopi akan membuat tubuh badan anda berasa segar dan mengurangkan rasa mengantuk.

Harus diingat, pengambilan kopi adalah dengan kuantiti yang sederhana dan secara minimum. Jika terlebih pengambilannya akan memberi mudarat. Satu cawan kopi itu harus disertai dengan dua gelas air. Ini akan membuat anda berasa lebih segar dan bertenaga lalu rasa mengantuk akan hilang.

2. Teh hijau

Kredit: rivertea

Salah satu sebab rasa mengantuk dan letih adalah kekurangan air dalam badan. Pilihan terbaik minuman selain dari kopi ialah teh hijau. Kandungan kafein dalam teh hijau adalah kurang berbanding kopi tetapi kandungan antioksidanya adalah tinggi. Ini menyebabkan teh hijau lebih menjadi pilihan ramai selain kopi. Anda akan berasa segar apabila meminum teh hijau di samping berat badan juga akan dapat dikurangkan.

3. Air biasa yang bersih dan sudah ditapis

Kredit: bicycling.com

Mengambil dan meminum air sebanyak 8 gelas sehari akan membuatkan anda berasa segar sepanjang hari. Salah satu punca rasa mengantuk dan letih adalah kekurangan air di dalam badan. Dengan meminum air secara konsisten, ia akan memberi manfaat kepada badan dan anda tidak akan berasa mengantuk dan letih.

4. Makanan pedas

Kredit: asiaexpatguides.com

Makanan pedas dan bercili terbukti dapat mengurangkan rasa mengantuk anda. Biasanya makanan pedas akan membuatkan seseorang itu berasa segar dan terjaga.

Rasa sensasi pedas juga akan membuatkan seseorang akan meminum air lebih banyak. Dengan itu secara tidak langsung badan akan berasa segar dan bertenaga. Namun makanan pedas tidak boleh diambil secara berlebihan kerana akan menyebabkan sakit perut dan gastrik.

5. Makanan masam

Kredit: masala.tv

Makanan masam dapat mengelakkan anda dari rasa mengantuk. Cubalah memakan makanan masam terutamanya buah-buahan sitrus seperti oren, limau, lemon dan anggur yang kaya dengan kandungan vitamin C. Buah-buahan ini bukan sahaja berasa masam tetapi beraroma harum. Bau yang harum itu akan membuat anda berasa segar, bertenaga dan fokus untuk melakukan pekerjaan.

6. Coklat gelap

Kredit: youtube.com

Coklat gelap mengandungi kandungan koko yang lebih benbanding coklat biasa. Oleh itu kandungan kafeinnya lebih tinggi. Apabila anda memakan coklat gelap ini, tubuh badan anda akan berasa bertenaga dan segar. Maka rasa mengantuk itu akan hilang. Namun begitu seperti juga kopi, pengambilannya harus dikawal.

7. Telur

Kredit: cuqetliber.ro

Kandungan kolin yang tinggi dalam telur mampu mencegah anda dari rasa mengantuk apabila anda memakan telur di dalam hidangan seharian anda.

Dengan memakan telur, ia mampu membuat anda berasa bertenaga dan fokus dalam tugas seharian anda. Pengambilan masakan telur pada waktu pagi dengan minuman kopi atau teh semasa sarapan akan membuat hari anda penuh bertenaga sepanjang hari.

8. Minuman tenaga

Kredit: Pond5

Minuman tenaga mengandungi kandungan kafein, asid amino dan taurin yang tinggi yang mana dapat meningkatkan tahap adrenalin di dalam badan. Kajian menunjukkan pengambilan minuman tenaga di awal hari akan membuatkan badan anda berasa bertenaga di sepanjang hari.

Namun, kajian juga mendapati pengambilan minuman tenaga perlulah diambil dengan kuantiti yang terkawal. Pengambilan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada jantung dan hati.

9. Dadih

Kredit: CNN.com

Dadih makanan berasaskan susu yang lazat dan berkhasiat serta mampu membuat hari anda bertenaga dan menghilangkan rasa mengantuk dan keletihan.

Dadih boleh dinikmati begitu sahaja atau dicampur dengan buah-buahan kegemaran. Kandungan probiotik dan bakteria baik dalam dadih juga sangat bermanfaat untuk sistem pencernaan. Dengan itu ia mampu membuang toksik di dalam badan yang akan membuat badan terasa lebih ringan dan bertenaga.

10. Pisang

Kredit: fanpop.com

Kandungan potassium yang tinggi dalam buah pisang mampu memberi tenaga kepada badan anda yang keletihan. Makanlah pisang apabila anda berasa mengantuk. Di samping itu, buah pisang juga dapat meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan. Selain pisang, buah pir, prun dan kismis juga merupakan sumber potassium yang baik.

Cubalah menikmati makanan dan minuman di atas ini. Paling tidak salah satu daripadanya akan membuat anda berasa bertenaga sepanjang hari dan tidak langsung akan berasa mengantuk.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...