Arkeologi, Misteri & Fenomena

Sungai dengan pertembungan dua tasik dan sempadan dua negara menyimpan khazanah yang masih belum diterokai

Sungai dengan pertembungan dua tasik dan sempadan dua negara menyimpan khazanah yang masih belum diterokai

Di bawah metropolitan Detroit di Amerika Syarikat tersembunyi pelbagai khazanah dan artifak bersejarah yang masih tersimpan dan belum diterokai sepenuhnya.

Dengan meriam dan kapal perang dari zaman penjajahan British sehingga ke perang saudara adalah antara potensi khazanah unik yang masih belum diterokai dan ditemui.

Sungai Detroit di Amerika Syarikat merupakan sungai pertemuan di antara dua tasik dengan jarak 28 batu dari Tasik St. Clair ke Tasik Erie adalah sungai tempat pelbagai objek telah dibuang sejak bandar itu dibuka pada tahun 1700an.

Sungai Detroit menjadi sungai pemisah sempadan antara metropolitan Detroit di Amerika Syarikat dan bandaraya Windsor, wilayah Ontario di Kanada dengan menempatkan jumlah penduduk seramai 5.7 juta.

Oleh kerana tahap penglihatan yang agak terhad di dalam sungai itu, para penyelam akan menyelam sehingga ke dasar sungai untuk merasa dan menemui pelbagai artifak menarik.

Sungai Detroit yang menemukan Tasik St. Clair dan Tasik Erie sejauh 28 batu adalah tempat simpanan khazanah berharga yang telah dibuang ke dalam sungai tersebut sejak bandar metropolitan itu dibina.

Gambar menunjukkkan patung memorial perang yang dijumpai pada tahun 2009.

Oleh kerana sungai yang keruh dengan penglihatan yang terhad, para penyelam sering menyelam sehingga ke dasar sungai dan menemui pelbagai artifak yang berharga dan menarik.

Gambar menunjukkan pegawai polis Donnie Espinoza memegang senjata MAC 10.

Ratusan senjata termasuk rifel Carbine dari pertengahan abad ke 20, pelbagai kereta termasuk Jeep Cherokee dan DeLorean dari tahun 1980an , patung memorial perang yang dicuri dan 6,000 paun sauh dari zaman kapal stim ‘Greater Detroit’ menunjukkan hanya sedikit sahaja pelbagai objek yang telah dibuang ke dalam sungai itu.

Dan termasuk juga meriam dari era tahun 1700an yang telah ditemui sejak tahun 1980an.

Terkini, meriam seberat 1,300 paun dengan 6 kaki panjang telah ditemui.

Ahli perpustakaan Dan Harrison berkata, meriam yang dijumpai ini telah digunakan oleh tentera British sebelum Perang 1812.

Beliau mempercayai tentera British cuba menarik meriam keluar dari sungai yang  beku semasa musim sejuk tahun 1796 dan telah terjatuh ke dasar sungai semasa ia ditarik.

Gambar menunjukkan meriam yang telah ditemui pada tahun 2011.

Meriam yang besar dan berat berada di dasar sungai.

Seorang penyelam dari Jabatan Polis Detroit menemui meriam pada tahun 2009.

Di dalam Sungai Detroit, tersimpan khazanah dan artifak dari zaman perang kolonial dan revolusi. Contohnya senjata rifel Carbine dari pertengahan abad ke 20.

Gambar pegawai polis Detroit Donald Oehmke dengan rifel dari zaman bersejarah berusia ratusan tahun.

Penduduk awam tidak dibenarkan menyelam, yang hanya menghadkan kepada pihak berkuasa Detroit sahaja berikutan banyaknya bukti jenayah yang dijumpai dipercayai untuk tujuan penghapusan bukti yang dicampak ke dalam sungai tersebut.

Imej sonar yang dibuat ke dasar Sungai Detroit menunjukkan kereta juga dicampakkan ke dalam sungai tersebut termasuk Jeep Grand Cherokee dan DeLorean dari tahun 1980an.

Sebuah kereta telah ditemui dan dikeluarkan dari Sungai Detroit pada bulan Julai 2009.

Jabatan Polis Detroit telah menyelam dan menemui serta mengeluarkan sebanyak 15 kenderaan dari dasar Sungai Detroit.

Pegawai polis yang berkenaan berkata kenderaan ini telah ditemui pada bulan yang lalu sementara pasukan dari Jabatan Pencarian Dalam Air akan terlibat dalam penyiasatan yang berasingan.

Di sebelah Kanada, telah terdengar dan menjadi perbualan adanya Model T dari zaman Henry Ford di awal tahun 1900an telah tertanam di dasar sungai.

Gambar menunjukkan botol-botol antik yang berusia ratusan tahun yang dijumpai di sungai sebelah Amerika Syarikat.

Para penyelam Jabatan Polis Detroit telah menemui roda dari kereta kuda pada tahun 2012.

Pegawai penyelam polis  Donnie Espinoza telah menemui pistol Derringer.

Di bahagian sempadan Kanada, para penyelam dari Jabatan Polis Detroit akan menghentikan pencarian setakad di sempadan Amerika sahaja. Selebihnya adalah tidak dibenarkan dan akan melanggar undang-undang.

Gambar menunjukkan Sungai Detroit dengan Windsor, Ontario di sebelah kiri dan Detroit, Michigan di sebelah kanan.

Pada zaman kemelesetan dan pengharaman arak pada tahun 1920an dan 1930an, bir dan arak dari Kanada telah diseludup masuk dengan kenderaan melalui sempadan Ontario dan Michigan menggunakan laluan Sungai Detroit yang membeku.

Tidak hairan bagaimana pihak British boleh menarik meriam yang berat melalui sungai yang membeku di musim sejuk lalu ada antaranya yang telah terjatuh ke dasar sungai ketika cuba ditarik.

Sungai Detroit memisahkan sempadan Amerika dan Kanada diantara metropolitan Detroit, Michigan dan bandaraya Windsor, Ontario yang meliputi penduduk seramai 5.7 juta orang.

Gambar bersejarah menunjukkan kapal pengangkut William F. Fitch dilihat meninggalkan Sungai Detroit dan berlepas ke Cleveland dengan membawa pengeluaran kereta musim pertama dari Detroit pada tahun 1939.

Satu ujian dan eksperimentasi ke atas ciptaan kenderaan air yang pelik di Sungai Detroit pada tahun 1940. Kenderaan yang dipanggil ‘bot torpedo’ ini berkeupayaan 360 kuasa kuda.

Perekanya T.F Thompson dari Amerika dan A.W Reed dari Kanada telah meletakkan sasaran yang  bot ini boleh memecut sehingga 300 batu sejam.

Dengan pelbagai objek yang telah dihumban dan dibuang ke dalam Sungai Detroit, maka kini sungai ini menjadi tempat simpanan artifak berharga dan bersejarah dengan  ada yang  berusia sehingga ratusan tahun. Para penyelam yang diberi kuasa menyelam mencari artifak berkenaan dengan secara tidak langsung dapat mencari bahan bukti untuk kes- kes jenayah yang dilakukan di sungai tersebut.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...