Berita Hiburan, Kerjaya, Kisah Inspirasi

Bahkan perompak juga tidak boleh memisahkan pelajar ini daripada tesisnya yang sangat berharga

Bahkan perompak juga tidak boleh memisahkan pelajar ini daripada tesisnya yang sangat berharga

Bolehkah anda bayangkan bagaimana jika anda kehilangan tesis yang anda telah bekerja keras siang dan malam tanpa tidur?

Kredit: yayadarcyyada

Bagi seorang pelajar Afrika Selatan ini, kehilangan satu-satu sahaja salinan tesis masternya terbukti terlalu berat baginya untuk ditanggung.

Dia sanggup melakukan segala-galanya untuk mempertahankannya … walaupun dia terpaksa melawan sekumpulan samseng!

Kredit: BBC

Ntuli diserang ketika dia pulang dari kerja. Noxolo Ntuli, seorang pelajar master di National Health Laboratory Service di Afrika Selatan, berani berjuang melawan perompak yang bersenjata selepas mereka cuba merampas beg tangannya yang mempunyai tesis master zoologi molekulnya.

BBC melaporkan bahawa sebuah kereta telah menghampiri Ntuli dan dua lelaki melompat keluar, salah seorang daripada mereka cuba mengacukan pistol.”Saya tidak akan biarkan mereka mengambilnya walau dengan apa-apa cara sekalipun.”

Walaupun perompak itu berjaya mengambil beg makan tengah harinya, Ntuli enggan melepaskan beg yang mengandungi hard drive yang mengandungi tesisnya.

“Saya berfikir tentang pengajian master saya, saya hampir selesai dengan apa yang saya tulis, tidak ada apa-apa cara yang saya akan membiarkan mereka mengambilnya,” katanya.

Salah seorang dari perompak itu juga mengacukan pistol ke kepalanya dan mengancam akan menembaknya

Kredit: Easy Bake Gun Club

Ntuli sanggup melakukan apa-apa sahaja kerana dengan memikirkan untuk memohon tahun lanjutan adalah terlalu berat untuk ditanggung olehnya.

Walau bagaimanapun, dia juga mengatakan bahawa tindakannya adalah sesuatu yang tidak bijak dan menasihati orang lain untuk memberikan perompak apa yang mereka mahu tanpa melawan.

Sejak itu Ntuli telah membuat dan menyimpan salinan kerjanya dan beliau menasihati orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Perompak itu telah berjaya ditemui dan ditangkap

Kredit: bbci.co.uk

Kereta yang digunakan oleh perompak tersebut

“Lelaki-lelaki itu telah ditangkap di Brixton, mereka telah dituduh melakukan rompakan bersenjata, dan mereka juga didapati mempunyai komputer riba milik seorang pelajar Universiti Johannesburg yang dilihat dalam rakaman CCTV,” kata jurucakap polis, Leftenan Kay Makhubele. seperti yang dipetik oleh Huffington Post.

Sekiranya ia berlaku kepada anda, ingatlah jangan melawan balik, dan sila buat salinan tesis anda!

Kredit: Tenor

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...