Aneh, Kebenaran

Bagaimana perasaan anda apabila ditempatkan di bilik asrama yang asalnya dari satu tempat yang meloyakan?

Bagaimana perasaan anda apabila ditempatkan di bilik asrama yang asalnya dari satu tempat yang meloyakan?

Apabila kita mendapat peluang melanjutkan pelajaran dan ditempatkan di asrama, pastilah kita mahukan bilik asrama itu dari satu tempat yang selesa, bersih dan menyamankan agar kita dapat berfikir dan belajar dengan baik.

Kadangkala tinggal di asrama itu sahaja sudah memberi tekanan kepada pelajar jika jumlah pelajar yang ditempatkan di satu asrama itu lebih ramai dan tidak memberi keselesaan. Dan apatah lagi jika bilik asrama itu asalnya dari bilik tandas yang meloyakan dan ditukar menjadi bilik-bilik untuk para pelajar.

Ini telah berlaku di satu sekolah menengah di Guizhou, China apabila pihak pentadbir sekolah telah menukar satu bilik tandas menjadi bilik-bilik asrama yang menempatkan para pelajar.

Menurut laporan People’s Daily Online, para pelajar dari Sekolah Menengah Nombor 15 di Tongren wilayah Guizhou telah membuat aduan yang pihak sekolah dengan tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan telah menukar satu bilik tandas menjadi bilik-bilik asrama yang menempatkan para pelajar yang diterima masuk melebihi had.

Walaupun pihak sekolah telah menutup dan menyimen lubang-lubang tandas dan membersihkan keseluruhan tandas-tandas di situ, para pelajar mengadu bahawa mereka masih dapat menghidu bau yang tidak menyenangkan di dalam ruang bilik asrama itu.

Menurut laporan, pihak sekolah  secara tidak sengaja telah mengambil pelajar sekolah melebihi had yang telah ditetapkan. Jadi pelajar baru yang memasuki sekolah tersebut telah didapati tidak mempunyai tempat yang mencukupi untuk menginap.

Lalu pihak sekolah mengambil keputusan untuk menukar satu bilik tandas yang tidak digunakan menjadi satu bilik asrama yang menempatkan para pelajar yang berlebihan tersebut.

Dan para pelajar tersebut telah membuat aduan dan memberitahu para pemberita bahawa mereka telah diarahkan untuk menginap di bilik tandas tersebut. Akan tetapi, tiada seorang pun antara pelajar tersebut yang sanggup tinggal di dalam bilik tandas itu.

Pihak sekolah telah memberi respon akan aduan yang dibuat dengan menyatakan yang aturan penempatan di bilik itu hanyalah sementara dan mereka berkata para pelajar datang ke sekolah dan duduk di asrama bukan untuk bergembira tetapi belajar dan menuntut ilmu.

Menurut salah seorang pelajar terbabit, akibat tidak mahu tinggal di bilik asrama itu, tiga dari rakan sekelasnya yang ditempatkan di bilik tandas itu telah tinggal di luar kawasan sekolah dengan menyewa bilik lain berdekatan kawasan sekolah.

Pihak pentadbir sekolah telah mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan penempatan itu hanya sementara dan para pelajar terbabit akan ditempatkan di bilik asrama yang lain di bangunan baru kelak apabila ia selesai dibina.

Perkara ini telah menjadi perbincangan hangat para netizen di halaman media sosial Weibo.

Ada yang berkata pihak sekolah hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Dan ada pula yang menulis pihak sekolah hanya mahu membuat duit dengan menyakitkan masa depan anak-anak muda yang tidak bersalah.

Seorang netizen telah menulis, walaupun para pelajar itu datang ke sekolah kerana mahu menuntut ilmu, kebajikan dan keselesaan mereka sepatutnya diberi perhatian dan masalah ini sepatutnya boleh diatasi.

Era Baru

Kategori:Aneh Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...