NASIONAL

Suspek bakar sekolah tahfiz sudah dikenalpasti, positif dadah dan bermotifkan balas dendam

Suspek bakar sekolah tahfiz sudah dikenalpasti, positif dadah dan bermotifkan balas dendam

Baru-baru ini, seluruh negara digemparkan dengan berita mengenai insiden kebakaran di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur yang meragut seramai 23 orang nyawa. Insiden malang ini turut dikatakan sebagai bencana kebakaran yang paling dahsyat pernah berlaku di Malaysia dalam tempoh 20 tahun ini.

Berita tersebut ternyata mengejutkan semua rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib ahli keluarga mangsa.

Siasatan yang telah dibuat menunjukkan terdapat beberapa peristiwa ‘aneh’ yang mungkin menjadi motif kepada kejadian kebakaran tersebut. Maklumat terkini berkaitan kes berkenaan menunjukkan terdapat beberapa kesan minyak petrol di hadapan pintu utama sekali gus membolehkan pihak polis mengesyaki berlakunya perbuatan khianat.

Berikutan itu, pasukan polis berjaya menahan seramai tujuh remaja yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Ketujuh-tujuh remaja yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun tersebut dipercayai menyimpan dendam terhadap beberapa pelajar sekolah Tahfiz berkenaan akibat perbuatan ejek-mengejek beberapa hari sebelum kejadian.

NST

Jadi, dengan niat untuk membalas dendam, kesemua remaja lelaki tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi pengajaran dengan membakar bangunan tersebut.

“Pada awalnya, mereka merancang untuk mencuri telefon bimbit pelajar sekolah berkenaan. Namun, semasa mereka berkumpul di sebuah kedai makan yang terletak berdekatan dengan sekolah berkenaan, mereka telah melakukan perancangan untuk membakar sekolah tersebut bagi membalas dendam”.

Menurut sumber, dua daripada remaja tersebut telah membeli petrol. Sekitar jam 4.30 pagi, kesemua remaja lelaki itu berkumpul di padang belakang sekolah tahfiz sebelum tiga daripadanya menyelinap masuk ke dalam sekolah.

Setelah mendapati pintu asrama sekolah tersebut dikunci, remaja berkenaan telah pergi ke premis makanan berdekatan lalu mencuri dua tong gas dan membawanya ke tingkat tiga asrama berkenaan. Ketiga-tiga remaja tersebut kemudiannya mencucuk bahagian kepala tong gas dan mencurahkan minyak petrol di kawasan tangga lalu menyalakannya.

Suspek kemudian berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki motorsikal. Walau bagaimanapun, identiti ketujuh-tujuh suspek kini telah dikenalpasti setelah pihak polis meneliti rakaman kamera pengawasan (CCTV) daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang terletak bersebelahan sekolah berkenaan.

Tambah ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, enam daripada tujuh suspek didapati positif dadah jenis ganja dan telah digantung persekolahan. Dua lagi daripada mereka memiliki rekod jenayah.

Kesemua suspek ditahan di sekitar daerah Kampung Dato’ Keramat dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api.

Semoga kesemua jenazah bersemadi dengan tenang. Amin.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...