INSPIRASI, Kebenaran, KESIHATAN

Hampir berputus asa untuk hidup suatu ketika dahulu, gadis dari Vietnam ini bangkit dengan semangat baru selepas mengamalkan meditasi khas dari China ini

Hampir berputus asa untuk hidup suatu ketika dahulu, gadis dari Vietnam ini bangkit dengan semangat baru selepas mengamalkan meditasi khas dari China ini

Semoga kisah seorang gadis dari Vietnam yang pada awalnya hampir berputus asa untuk meneruskan hidup kembali bersemangat selepas mengamalkan meditasi dari China ini memberi inspirasi kepada anda semua.

Suatu hari ketika sedang menikmati udara segar dari balkoni bilik darjah pada waktu rehat, sekumpulan pelajar berhadapan dengan situasi cemas apabila salah seorang daripada rakan sekelas mereka yang paling pintar berlari sambil memegang lengan kemudian jatuh dan pengsan di hadapan mereka.

Dengan pantasnya, pihak sekolah telah menghubungi ambulans untuk membawa jasad yang seolah-olah tidak bernyawa itu terus ke hospital. Rakan sekelasnya pula hanya mampu melihat jasad rakan mereka yang bernama Dang Thi Nguyet atau lebih mesra dipanggil Nguyet dibawa pergi dan tidak menyangka itulah kali terakhir mereka melihatnya.

Hal ini kerana, selepas kejadian itu, Nguyet sudah tidak datang ke sekolah lagi. Walaupun tiada siapa yang membangkitkan isu tersebut secara terang-terangan, namun mereka sedia maklum harapan untuk rakannya itu kembali bersekolah begitu tipis.

Jika sebelum ini mereka sama-sama merancang untuk meneruskan pengajian di universiti, kini mereka terpaksa melupakan hasrat murni itu sebaliknya pada usia yang muda, mereka terpaksa menghadapi kebenaran bahawa kematian itu dekat dan tidak mengenal usia.

6 tahun melawan penyakit, Nguyet berada dalam keadaan sedih dan suram

Rupa-rupanya Nguyet yang sebelum ini pernah mengadu sakit kepala, pening kepala dan kebas tangan mempunyai ketumbuhan di dalam otak sejak lahir lagi.

Ketumbuhan itu telah memberi tekanan kepada saraf di dalam otaknya yang telah membesar bertahun-tahun lamanya. Selain itu juga, Nguyet dikhabarkan mengalami kecacatan jantung yang jarang berlaku pada ventrikel kiri di mana ianya sangat berisiko untuk dibedah.

Meskipun berhadapan dengan keadaan suram, Nguyet masih berharap penyakitnya akan dapat disembuhkan dan dia dapat kembali ke sekolah bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

Malangnya harapan itu musnah sama sekali apabila doktornya memberitahu bahawa tiada doktor yang berani melakukan pembedahan yang terlalu berisiko itu kerana kesannya sama ada Nguyet akan meninggal dunia atau menjadi vegetative (hidup tetapi tidak menunjukkan aktiviti otak). Pembedahan itu bukan hanya berbahaya kepada Nguyet, malah doktor pakar teratas turut bersetuju dengan diagnosis doktor tersebut.

Semenjak daripada itu, apa yang boleh dilakukan oleh Nguyet ialah pulang ke rumah, baring di tempat tidur dan mengambil pil untuk mencuba dan menangkis sawan yang kemungkinan besar akan berlaku juga.

Maka bermulalah krisis semangat hilang untuk hidup terutamanya ketakutan terhadap sawan. Disebabkan itu, Nguyet tidak berani untuk melakukan apa-apa malah tidak pernah meninggalkan rumah apatah lagi keluar dan pergi ke belakang rumah.

Selain itu, sebagai persediaan sekiranya dia menghadapi sawan, sama ada ibu atau bapanya akan sentiasa berada berdekatan dengannya. Jika dia menghadapi sawan, orang tuanya dengan cepat menghulurkan tuala di mulutnya untuk menghentikannya daripada menggigit lidahnya. Selepas itu, dia tidak akan menyedarkan diri selama beberapa jam dan bangun dalam keadaan letih.

Mencari rawatan tetapi belum ditemukan

Selama bertahun-tahun, Nguyet telah pergi ke banyak tempat bersama ibu bapanya untuk mencuba dan mencari ubat. Apabila doktor perubatan barat tidak dapat menyembuhkannya, dia pergi berjumpa dengan doktor perubatan Cina.

Di setiap tempat, mereka terpaksa tinggal selama beberapa bulan. Dia mencuba pelbagai kaedah seperti mengurut, acupressure (rawatan untuk kesakitan atau penyakit di mana bahagian-bahagian badan tertentu ditekan dengan tangan), akupunktur (satu kaedah merawat penyakit dan lain-lain dengan melekatkan jarum ke dalam kulit pesakit pada titik-titik tertentu), dan semua jenis perubatan Cina.

Walaupun mereka tidak beragama sebelum ini, tetapi demi kesembuhan anaknya, ibu Nguyet mula berdoa setiap hari. Namun, akhirnya ia masih tidak menampakkan apa-apa perubahan.

Disebabkan Nguyet terpaksa mengambil anticonvulsant (ubat penentang sawan setiap hari), dia menjadi ketagihan dadah dan panik apabila dia kehabisannya.

Setiap kali dia menerima preskripsi untuk ‘anticonvulsant’nya, ianya secara automatik didatangkan dengan botol pil tidur. Nguyet mula menyimpan pil tidur tersebut sambil membayangkan tentang rancangan untuk membunuh diri dengan menelan semua pil itu sekiranya sampai satu tahap dia tidak mampu untuk menanggung penderitaan sakitnya itu.

Walau bagaimanapun, satu-satunya perkara yang menghalangnya untuk berbuat demikan ialah rasa takut dan rasa bersalah. Ketakutan bahawa ibu bapanya tidak akan dapat menerima kejutan dan rasa bersalah jika ibu bapanya lebih menderita jika dia melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawanya.

Ibu bapanya telah berusaha keras untuk merawatnya. Walaupun dengan hanya bergantung kepada pendapatan yang kecil sebagai petani tetapi dengan wang simpanan yang ada, mereka dapat membayar rawatan yang adakalanya lebih mahal daripada yang mereka mampu bayar.

Nguyet berasa sangat terhutang budi kepada kedua orang tuanya. Namun siapa tahu, keluarga ini ditimpa satu lagi kesedihan di mana ayah Nguyet meninggal dunia yang sekaligus membuatkan keluarga kecil ini seperti ‘lumpuh’.

Pelampung di lautan

Dalam keadaan runsing, tiba-tiba satu harapan muncul di fikirannya. Dia pernah mendengar bahawa seorang wanita tua yang tinggal berdekatan dengan rumahnya iaitu bernama Cik Tiep, telah menemui satu amalan khas yang boleh menyembuhkan banyak penyakit dan menariknya ia adalah percuma.

Dengan semangat yang membara, Nguyet telah ke rumah Cik Tiep dan bersembunyi di belakang pintu pagar. Dari situ, dia nampak ramai orang melakukan latihan gerakan perlahan dengan iringan muzik yang sangat merdu dan menenangkan.

Nguyet dapat merasakan dirinya telah mendapat semangat baru seperti awan kelabu sudah pergi jauh dan digantikan dengan sinaran mentari yang mendamaikan.

Beberapa hari kemudian, dia mengumpulkan keberanian untuk pergi ke rumah Cik Tiep dan bertanyakan tentang kaedah tersebut.

Cik Tiep memberinya beberapa maklumat tentang amalan meditasi yang dipanggil Falun Gong. Cik Tiep juga menyarankan kepada Nguyet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Falun Gong di internet dan mengajaknya untuk turut bersama dengannya menyertai latihan itu pada masa akan datang.

Selepas membaca kisah di internet mengenai Falun Gong, Nguyet semakin bersemangat dan bertekad untuk mempelajari amalan tersebut. Beberapa hari kemudian, dia mengikuti Cik Tiep ke tapak latihan di mana ramai orang belajar Falun Gong di mana ia diajar oleh para sukarelawan.

Untuk lebih memahami tentang praktik dan prinsip amalan meditasi tersebut, Nguyet telah meminjam buku yang berjudul “Zhuan Falun”.

Kesan perubahan selepas beramal dengan Falun Gong

Sejak itu, Nguyet mendapat harapan baru. Dia pergi ke tapak latihan setiap hari dan membaca “Zhuan Falun” dengan pengamal lain. Nguyet membaca dan membaca semula buku tersebut berkali-kali dan setiap kali selesai membaca buku tersebut dia merasakan seperti mendapat semangat baru.

Dia menjadi inspirasi untuk mengatasi kesakitannya sendiri, kemurungan yang dihadapi dan rasa putus asanya untuk meneruskan hidup sebelum ini.

Dalam beberapa hari pertama membaca “Zhuan Falun,” badan Nguyet menunjukkan reaksi seperti sakit kepala, pening dan sawan. Dalam tiga bulan pertama, dia sering merasakan mual dan kadang-kadang muntah darah. Tetapi dia faham daripada pembacaannya, itu semua adalah perkara biasa bagi tubuh untuk menjalani tempoh penyesuaian dan pembersihan pada peringkat awal. Oleh itu, Nguyet tidak berasa bimbang. Secara beransur-ansur setiap hari, tubuh dan fikiran Nguyet menjadi lebih selesa dan segar.

Nguyet juga melihat perubahan dalam sikapnya dan keupayaannya untuk mengetahui apabila dia melakukan sesuatu yang salah. Sebagai seorang pengamal Falun Gong, dia perlu menanam prinsip-prinsip Sejati, Baik dan Sabar.

Dia juga teringat bahawa Falun Gong mengajar orang untuk berfikir bagaimana tindakan mereka akan mempengaruhi orang lain sebelum melakukan apa-apa.

Ini membuatkan Nguyet memikirkan bagaimana ibunya telah mengalami begitu banyak kesulitan sepanjang menjaganya ketika sakit selain bersusah payah mencari wang dan ubat untuk merawat penyakitnya.

Menurut Nguyet apa yang paling penting ialah kesediaan diri sendiri untuk membuang sikap mementingkan diri, memaafkan, dan toleransi dalam hubungan dengan orang lain.

Kesihatan dan Kebahagiaan: Sinar baru muncul untuk kehidupan yang lebih baik

Hari ini, Nguyet bebas daripada penyakit terutamanya ketakutan yang sebelum ini menyelubungi dirinya. Nguyet biasanya takut untuk berjalan sendiri walaupun untuk jarak yang dekat. Kini dia mampu berjalan ke mana-mana sahaja dengan yakin dan boleh menaiki skuter atau basikal beberapa batu jauhnya tanpa merasa letih.

Kulitnya yang dahulu kelihatan gelap, kasar dan penuh jerawat akibat pengambilan ubat, kini semakin cerah dan berseri-seri di samping tahap kesihatan yang memuaskan.

Walaupun tangan kanannya masih tidak sempurna seperti tangan kirinya tetapi sakitnya telah hilang. Nguyet berkata: “Kepalaku tidak lagi sakit, tidak lagi merasa pening dan saya rasa sangat ringan sekarang.”

Tentang sawan yang sebelum ini dikatakan sangat berbahaya, Nguyet sudah dapat mengatasinya dan ia tidak lagi menakutkannya. Tambahnya lagi, “Selama hampir setahun saya telah berhenti menggunakan ‘anticonvulsant’ dan hanya selepas berlatih Falun Gong saya dapat mencari semula keberanian yang telah hilang itu.”

Latihan serta ajaran yang lembut dan mudah Falun Gong telah menaikkan semangat Nguyet. Selepas mengikuti prinsip-prinsip alam semesta yang diajar oleh Falun Gong seperti Sejati, Baik dan Sabar ia secara tidak langsung telah mengubah wataknya. Dia menganggap dirinya sebagai orang yang lebih baik sebagai penggerak hidupnya.

Bagaimana para pembaca? Tertarik dengan kisah dan semangat dari Nguyet ini?

Jika anda adalah salah seorang daripada mereka yang mempunyai masalah seperti Nguyet atau hendak memperkenalkan amalan meditasi ini kepada keluarga, saudara mara atau kenalan anda yang lain, layari laman web INI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan meditasi dari China yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1997.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...