Asia, Kebenaran

Selepas empat kali mewarnakan rambut, akhirnya wanita dari China ini terpaksa akur bahawa kepalanya harus dibotakkan

Selepas empat kali mewarnakan rambut, akhirnya wanita dari China ini terpaksa akur bahawa kepalanya harus dibotakkan

Ramai wanita tertarik dengan trend rambut yang berwarna-warni seperti pelangi yang semakin popular di seluruh media sosial. Namun begitu, untuk mengubah warna asal rambut kepada warna-warna yang menarik ini tidaklah semudah yang difikirkan.

Pastikan penggaya rambut anda tahu apa yang perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Hal ini kerana, seorang pelanggan dari Sichuan, China telah mengalami pengalaman yang paling buruk dalam hidupnya selepas dia mendapatkan khidmat seorang penggaya rambut untuk mewarnakan rambutnya.

Kredit: Source: SetN

Menurut ET Today wanita yang dikenali dengan nama Deng itu telah pergi ke sebuah salon rambut untuk mewarnakan rambutnya. Seluruh proses mengambil masa tujuh jam dan dia terpaksa melalui proses pencelupan sebanyak empat kali.

Pada asalnya, Deng mempunyai rambut yang panjang sehingga penggaya rambut tersebut memberitahu bahawa dia perlu membasuh rambut Deng dengan peluntur. Hal ini kerana pada kali pertama mewarnakan rambut Deng, warna itu tidak sekata dan perlu melalui proses kali kedua dengan tujuan meratakan warna tersebut.

Ketika itu Deng sudah mula berasa sakit seolah-olah kulit kepalanya terbakar tetapi penggaya rambut itu mengatakan bahawa itu adalah perkara biasa berlaku dan meminta Deng untuk bertahan sedikit. Selepas itu, penggaya rambut tersebut mencelupkan rambut Deng buat kali ketiga.

Deng mengadu bahawa kulit kepalanya masih sakit dan mengatakan bahawa ia mungkin dsebabkan kualiti produk tersebut. Penggaya rambut itu menjawab dengan marahnya, “mustahil!” dan dia terus mewarnakan rambut Deng.

Walau bagaimanapun, Deng akhirnya berasa terkejut kerana rambutnya bertukar menjadi warna hijau epal dan bukannya abu hijau seperti yang diinginkan. Wah! itu perbezaan yang begitu besar.

Rambut Deng menjadi warna hijau epal (bawah) dan bukannya abu hijau (atas) seperti yang dinginkan.

Kredit: ETToday

Deng diberitahu jenama itu akan menukarkan rambutnya menjadi warna abu hijau kemudian dan tidak ada yang salah tentangnya. Jadi, untuk kali keempat, rambut Deng diwarnakan dengan warna hitam semula seperti warna rambut asalnya tetapi kali ini Deng sudah tidak mampu menanggung kesakitan lagi dan menyebabkan dia mahu menangis.

Tentu Deng berada dalam kesakitan yang kuat. Penggaya rambut itu memberitahunya untuk bertahan sedikit masa lagi kerana semuanya akan berakhir.

Namun, Deng yang sudah tidak dapat menanggung kesakitan itu terus menghubungi anak perempuannya untuk mengambilnya dari salon rambut tersebut.  Akhirnya penggaya rambut tersebut sedar seperti ada sesuatu yang tidak kena dan dengan cepatnya membantu Deng membasuh rambut yang telah diwarnakan itu.

Selepas itu, Deng dihantar terus ke hospital di mana ahli dermatologi (pakar penyakit kulit) memaklumkan kepadanya bahawa dia mengalami kejutan anaphylactic (tindak balas alergi yang sangat kuat dan berbahaya kepada sesuatu yang dimakan atau disentuh oleh seseorang) kerana tindak balas alahan terhadap pewarna rambut dan kulit kepalanya diliputi hampir 40 peratus pembakaran bahan kimia.

Ahli dermatologi itu tidak mempunyai pilihan tetapi memberi nasihat kepada Deng untuk mencukur semua rambut panjangnya kerana dia takut bahawa baki pewarna yang masih ada pada rambutnya mungkin akan menyebabkan reaksi yang lebih buruk lagi.

Akhirnya Deng di tahan selama 5 hari diwad dan berkata dengan sedihnya, “Saya sentiasa mempunyai rambut panjang dan saya tidak dapat menerima penampilan dengan kepala botak sekarang.”

Kredit: ETToday

Selepas kejadian buruk itu, Deng memutuskan untuk menyaman salon rambut tersebut sebagai pampasan ke atas yuran perubatan, gangguan emosi, kos rambut palsu dan perbelanjaan yang berkaitan di mana keseluruhannya berjumlah hampir RM38,867.00.

Walau bagaimanapun, penggaya rambut yang telah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun itu berkata dia tidak pernah mengalami situasi seperti itu sebelum ini. Mereka setuju untuk membayar yuran perubatan sebanyak RM1,684.00 sahaja dan enggan membayar kos-kos yang lain.

Disebabkan itu, Deng mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas salon rambut tersebut. Kasihan sungguh Deng.

Bagi wanita diluar sana, bayangkan jika anda terpaksa memotong rambut panjang anda dan membotakkan kepala hanya disebabkan kesilapan orang lain, pasti ia sungguh menyakitkan hati bukan?

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada anda semua. Pastikan penggaya rambut anda bukan sahaja berpengalaman tetapi menggunakan produk yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang sepatutnya.

Jangan hanya disebabkan anda memilih jenama yang berharga murah, anda terpaksa menangung penderitaan di kemudian hari.

Era Baru

Kategori:Asia Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...