Mempunyai kanak-kanak kecil yang berlegar di sekitar rumah bermakna anda perlu untuk selalu berwaspada dalam mengawasi tingkah laku dan pergerakan anak-anak anda kerana minda mereka yang masih tidak matang dan tidak tahu untuk membezakan barang yang akan membahayakan mereka.

Pasangan di Fuzhou, China ini mungkin beranggap bahawa anak perempuan kecil mereka tidak cukup kuat untuk membuka kabinet tetapi ternyata anggapan mereka itu salah.

Menurut Apple Daily, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bernama Xiaoyun mengalami luka yang serius pada mulut dan kulitnya selepas tidak sengaja telah menelan serbuk pembersih pakaian yang kuat yang dijumpai olehnya di dalam sebuah kabinet rendah di rumahnya.

Serbuk pencuci pakaian dalam pembukusan pek yang bewarna-warni itu digunakan untuk mencuci pakaian didalam mesin basuh.

Kejadian itu berlaku pada 24 Ogos, ketika Xiaoyun sedang berseronok bermain dan berlegar di sekitar rumahnya sehingga dia melihat satu pembungkusan yang berwarna-warni dan mula mengunyah plastik itu.

Dia nampaknya cuba untuk menelan serbuk tersebut selepas tersilap memikirkan bahawa ia adalah susu tepung dan berjaya memakannya sebeberapa banyak sebelum tindak balas buruk itu berlaku.

Kanak-kanak itu mula meraung dan menangis sebelum neneknya menemuinya dan cuba membuatkannya untuk memuntahkan semula apa yang telah dimakan olehnya.

Ahli keluarga lain cuba untuk membasuh mulutnya dengan air suam dan minyak masak untuk menenangkan rasa sakit tetapi Xiaoyun tidak dapat untuk berhenti dari menangis.

Keaadaan bertambah teruk apabila beberapa minit kemudian, bibir kecilnya berubah menjadi warna ungu dan darah mulai mengalir keluar dari lepuhan yang terbentuk di sekelilingnya.

Ia sangat dahsyat!

Dia kemudian dibawa ke hospital tiga jam selepas dia memakan serbuk pencuci pakaian itu.

Doktor mengatakan bahawa kanak-kanak itu mengalami penderitaan luka bakar dan kecederaan dalam saluran pencernaannya termasuk bahagian-bahagian tubuhnya kerana ia telah menjejaskan kulitnya ketika dia panik.

Dia kini masih berada di hospital tetapi keadaannya masih tidak diketahui.

Doktor mengatakan bahawa jika kanak-kanak secara tidak sengaja meminum atau memakan bahan yang berbahaya, mereka harus dibawa ke hospital dalam masa enam jam dan jangan cuba untuk memuntahkannya kerana ini boleh menyebabkan kerosakan yang lebih dasyat.

Ibu bapa juga harus membawa barang tersebut ke hospital supaya doktor dapat menentukan rawatan yang terbaik untuknya.

Peringatan kepada semua ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergerakan anak kecil anda dan jauhkan barang-barang yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Semoga keadaan Xiaoyun bertambah lebih baik dan cepat untuk sembuh!

Era Baru

Share
Kategori: Keluarga KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds