KESIHATAN

Muka lelaki ini membengkak setelah pergi ke salun rambut dan ini sebabnya

Muka lelaki ini membengkak setelah pergi ke salun rambut dan ini sebabnya

Oleh kerana beliau cukup berani dan ingin berkongsi akan kisahnya, seorang pemuda Korea berswafoto bagi mendokumentasikan kesan penggunaan pewarna rambut dan alahan yang dihadapinya.

Kisahnya ini telah disaksikan lebih 100,000 kali di Ruliweb di mana sesetengah individu bertindak mentertawakan pemuda ini ekoran saiz kepalanya yang pelik, tetapi ada juga yang melahirkan rasa simpati.

 

Semuanya bermula di salun rambut semasa pemuda ini ingin mendapatkan khidmat pewarnaan rambut

Namun, sekejap sahaja kepalanya berubah menjadi seperti belon

Beliau masih tidak berasa pelik akan perubahan saiz kepalanya, dan memutuskan ingin mendokumentasikan perkembangan bengkak itu dengan berswafoto

Walau bagaimanapun, kepalanya terus membengkak dengan besar. Jadi, beliau rasa inilah waktu yang tepat untuk berjumpa dengan doktor

Namun, bengkak itu tidak surut malah membesar sehingga ke bahagian mukanya, sehingga beliau tidak dapat membuka mata

Akhirnya, ia mulai surut

Dan kini beliau sihat seperti sebelumnya!

Alahan terhadap penggunaan pewarna rambut ini lazimnya amat jarang berlaku. Ia hanya melibatkan seorang daripada 25,000 orang sahaja menurut Debra Jaliman, seorang dermatologi. Kimia paraphenylenediamine (PPD) mungkin menjadi penyebab kepada keadaan ini.

Dr. Jaliman juga ada menjelaskan (menerusi Health.com) bahawa: Alahan berlaku apabila sistem imunisasi anda berhubung dengannya dan memutuskan ia tidak menyukainya. Bergantung kepada bagaimana sensitifnya sistem anda, alahan mungkin lebih perlahan daripada yang lain. Jika alahan anda teruk sehingga kulit melecet dan mengalami kesukaran bernafas, ianya sama seperti reaksi anaphylactic. Dapatkan nasihat doktor secepatnya.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...