Satu penyelidikan terbaru mendakwa hampir majoriti air paip di dunia tercemar kerana mengandungi bahan plastik mikroskopik! Para pengkaji bagi penyelidikan yang dijalankan oleh Orb dan Fakulti Kesihatan Awam di Universiti Minnesota telah melakukan ujikaji terhadap sampel air paip di serata dunia.

Hal kajian mendapati hampir 83% daripada sampel air paip tersebut tercemar dengan serat plastik mikro. Walaupun kadar peratusannya berbeza antara negara, hasil kajian menunjukkan setiap negara mengandungi serat plastik tersebut sekurang-kurangnya 70% pada sampel airnya.

Peratusan yang tertinggi dipegang oleh negara Amerika Syarikat dengan 94% daripada sampel airnya disahkan positif kandungan plastik mikro tersebut. Sampel air paip tersebut dikatakan diambil dari Menara Trump New York, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dan beberapa bangunan Kongres.

Di tempat kedua dan ketiga diduduki oleh negara Lubnan dan India.

Negara seperti Jerman dan United Kingdom memiliki kadar peratusan yang paling rendah namun sampel airnya tetap tercemar dengan bahan tersebut.

Wartawan dari Orb yang merupakan badan organisasi kewartawanan bukan berasaskan keuntungan, para saintis dan sukarelawan terlatih telah mengumpulkan lebih daripada 150 sampel air paip di seluruh lima benua khususnya di bandar-bandar besar mahupun pekan kecil.

Kanada pula pada tahun lalu telah melaksanakan pengharaman penggunaan microbead (butiran halus dari partikel plastik yang digunakan dalam produk penjagaan kulit) selepas kajian yang dijalankan mendapati microbead adalah bahan bertoksik dan boleh menjejaskan hidupan marin.

Kajian sebelum ini telah dijalankan bagi menunjukkan bagaimana serat mikro daripada bahan plastik ini mampu menjejaskan hidupan lain seperti ikan, burung dan haiwan lain yang berada di dalam rantaian makanan manusia.

Namun kajian oleh Orb adalah yang pertama membongkarkan bagaimana serat mikro plastik tersebut mampu memasuki tubuh manusia melalui air minuman.

Memandangkan bahan plastik sukar untuk diurai dan direputkan, maka ia boleh menyebabkan penyakit kanser, gangguan hormon dan sebagainya.

Selain itu, minuman yang dibotolkan di dalam botol plastik juga tercemar dengan bahan yang sama.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds