Kerjaya sebagai seorang doktor merupakan kerjaya paling popular oleh kebanyakan pelajar sekolah sebelum melangkah ke universiti.

Disebabkan itu, negara kita mengalami masalah kelambakan graduan doktor perubatan.

Memetik laporan daripada SarawakVoice, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengatakan negara kita mempunyai jumlah sebanyak 46,461 doktor.

Kredit: pmc.edu.my

Beliau turut menjelaskan bahawa negara sebenarnya kekurangan doktor dengan nisbah seorang doktor bagi 656 pesakit.

Namun demikian, dalam laporan terbaru daripada Sin Chew Daily, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia berpandangan sebaliknya.

Kredit: mynewshub.cc

Seperti yang dipetik daripada Sin Chew Daily, Dr.Ravindran mengatakan, sekurang-kurangnya 2000 doktor akan kehilangan kerja setiap tahun kerana kontrak mereka bakal ditamatkan.

Melalui inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, semua graduan perubatan akan menjalani program pentauliah sebagai doktor pelatih di hospital kerajaan selama empat tahun.

Usaha ini dilakukan supaya bakal doktor tidak perlu menunggu lama untuk berkhidmat sebagai doktor dan boleh meningkatkan kemahiran masing-masing.

Akan tetapi, apabila kontrak ini tamat, setengah daripada mereka tidak disambung kontrak dan perlu mencari pekerjaan sendiri sebagai doktor perubatan.

Menurut Dr.Ravindran, negara kini menghasilkan 4,000 graduan doktor perubatan daripada universiti awam dan 1,000 graduan doktor perubatan daripada universiti luar negara.

Beliau turut menjelaskan, masalah ini berlaku akibat daripada kelambakan pelajar perubatan dan 20% daripada doktor pelatih gagal tamat mengikut masa yang ditetapkan.

Para doktor yang tidak disambung kontrak ini perlu mencari kekosongan jawatan di hospital swasta, tentera, univerisiti atau di luar negara.

Dr.Ravindran menambah, kewujudan klinik swasta juga tidak membantu kelambakan graduan perubatan kerana sehingga tiga tahun kebelakangan ini, 500 klinik swasta ditutup.

Kos operasi yang meningkat dan penurunan jumlah pesakit memaksa klinik swasta gulung tikar.

Malah, Klinik 1 Malaysia yang memberi tawaran harga murah kepada para pesakit memberi saingan yang amat hebat kepada klinik swasta.

Kredit: mybajet.my

Sehingga kini, terdapat doktor yang bekerja separuh masa di klinik-klinik swasta dan terdapat juga doktor yang tidak mempunyai pekerjaan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds