Arkeologi, Misteri & Fenomena

Batu bersurat berusia 3,700 tahun dedah kaedah perkiraan moden yang memudahkan pengiraan matematik!

Batu bersurat berusia 3,700 tahun dedah kaedah perkiraan moden yang memudahkan pengiraan matematik!

Penemuan terbaru tentang kaedah matematik purba yang mampu memperbaiki cara kita melakukan pengiraan pada hari ini telah berjaya dibongkarkan!

Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Dr. Daniel Mansfield daripada Fakulti Matematik di Universiti New South Wales, Australia akhirnya telah berjaya merungkai maksud dan fakta di sebalik sebuah batu bersurat yang berusia 3,700 tahun ini.

Batu bersurat yang dikenali sebagai Plimpton 332 ini telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi Amerika dan diplomat bernama Edgar Banks pada awal tahun 1990-an di bahagian selatan Iraq.

Semenjak itu, para pengkaji terus melakukan penyelidikan sehingga pendedahan terakhir yang menunjukkan batu bersurat tersebut merupakan milik kaum Babylonia yang wujud kira-kira tahun 1894 sebelum Masihi.

Penyelidikan seterusnya berjaya membuktikan bahawa batu bersurat tersebut merupakan jadual trigonometrik yang paling tepat di dunia sekali gus berjaya merubah sejarah matematik!

Kredit: twitter

Kita mengetahui bahawa masyarakat Greek merupakan masyarakat pertama yang menggunakan kaedah trigonometri ini tetapi Dr. Daniel berjaya membuktikan bahawa masyarakat Babylonia yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu trigonometri tersebut sekitar 1,500 tahun sebelum masyarakat Greek.

Tambahan pula, masyarakat Babylonia berjaya menghasilkan kaedah perkiraan yang sangat moden dengan menggunakan sistem angka sexagesimal (asas 60) berbanding sistem angka asas 10 yang masyarakat dunia gunakan pada hari ini.

Menurutnya, masyarakat Babylonia menggunakan sistem asas 60 tersebut kerana ianya lebih mudah untuk dibahagikan kepada tiga bahagian. Pakar yang mengkaji batu bersurat tersebut kemudiannya mendapati kaedah perkiraan trigonometri oleh masyarakat Babylonia adalah lebih tepat!

Tambah Dr. Daniel, “Kajian kami mendedahkan bahawa Plimpton 332 menerangkan tentang bentuk segi tiga bersudut tepat yang didasari dengan nisbah dan bukannya sudut atau bulatan”.

“Ia adalah satu kaedah matematik yang sangat menakjubkan dan pintar. Batu bersurat ini bukan sahaja mengandungi kaedah trigonometrik tertua di dunia tetapi turut menjadi sumber jadual trigonometri paling tepat”.

Kredit: twitter

Hasil kajian ini kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal rasmi International Commission in History of Mathematics iaitu Historia Mathematica. Dr. Daniel turut menegaskan bahawa penemuan tersebut mampu merubah serta memperbaiki kaedah matematik pada hari ini.

“Walaupun kaedah yang dicipta oleh masyarakat Babylonia ini telah wujud semenjak 3,700 tahun yang lalu, ia dikatakan boleh diaplikasikan secara praktikal dalam pemerhatian, grafik komputer dan juga pendidikan”.

“Plimpton 332 adalah alat berkuasa yang digunakan untuk membuat pemerhatian lapangan atau perkiraan kejuruteraan dalam membina istana, kuil atau tangga piramid”.

Ramai yang sangat teruja dengan penemuan ini kerana ia kedengaran seperti akan membuatkan perkiraan matematik menjadi lebih mudah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...