BISNES, Galeri Foto

Sepanjang pengeluaran anak patung Barbie, terdapat 8 keluaran yang paling mahal harganya dan pasti membuatkan anda tidak dapat mempercayainya

Sepanjang pengeluaran anak patung Barbie, terdapat 8 keluaran yang paling mahal harganya dan pasti membuatkan anda tidak dapat mempercayainya

Bagi kebanyakan kanak-kanak perempuan, anak patung Barbie adalah mainan yang mesti mereka miliki dalam koleksi permainan mereka. Boleh dikatakan hampir semua kanak-kanak perempuan mengenali anak patung ini.

Dibuat pada tahun 1959, anak patung Barbie kekal sebagai salah satu penjual terbaik untuk syarikat mainan Mattel, Amerika. Selama bertahun-tahun dihasilkan, terdapat beberapa anak patung yang lebih menonjol daripada selebihnya kerana tanda harga mereka.

Berikut adalah 8 anak patung Barbie yang paling mahal pernah dihasilkan sepanjang pengeluarannya.

#8 Pink Splendor Barbie yang berharga RM3,834.00.

Dikeluarkan pada tahun 1996, ini adalah anak patung Barbie paling mahal yang mampu dimiliki daripada 8 anak patung Barbie yang lain yang telah dijual kepada orang awam.

Ia tidak dilelong atau dijual kepada pengumpul sebaliknya menunjukkan bahawa ia  adalah keluaran daripada edisi terhad.

#7 Barbie oleh Devi Kroell pada harga RM4,579.50.

Pereka Devi Kroell telah menyesuaikan anak patung Barbie ini dengan kasut but emas dan pakaian ringkas berwarna hitam tanpa memperincikan bahagian atasnya.

Pengumpul telah memuji anak patung yang kelihatan sungguh bergaya ini.

#6 Barbie oleh Lorraine Schwartz pada harga RM31,950.00.

Dikatakan ‘berlian adalah rakan baik bagi seorang gadis’. Begitu juga pereka perhiasan Lorraine Schwartz yang mendapati berlian juga merupakan rakan baik Barbie. Oleh itu dia menghiasi Barbie pada tahun 2010 ini dengan tali pinggang “B” yang bernilai RM106,500.00.

Malangnya apabila anak patung ini dilelong, ia hanya berjaya dijual dengan harga RM31,950.00.

#5 Pink Diamond Barbie pada harga RM63,900.00.

Pereka fesyen selebriti Phillipe dan David Blond yang dikenali sebagai ‘The Blonds’ telah bekerja keras untuk menghasilkan anak patung edisi terhad ini.

Seperti yang dapat anda lihat, anak patung ini memakai pakaian yang dihiasi dengan permata.

Ia kelihatan sungguh bergaya dan berkualiti tinggi.

#4 The Original Barbie pada harga RM116,937.00.

Anak patung Barbie ini tidak mempunyai aksesori yang mewah malah kos pengeluarannya pula hanyalah berharga RM38.00. Namun disebabkan ia adalah anak patung pertama yang dikeluarkan pada tahun pertamanya iaitu tahun 1959,

Ia telah mendapat harga lelongan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM116,937.00.

#3 De Beers 40th Anniversary Barbie pada harga RM362,100.00.

Ketika Mattel menyambung ulang tahun Barbie yang ke-40, perniagaan mereka sebenarnya telah gagal. O

leh itu, mereka telah mendapatkan khidmat pedagang berlian terkenal dunia iaitu De Beers untuk menghiaskan anak patung barbie tersebut dengan pelbagai barang kemas yang mahal. Pada anak patung barbie ini terdapat 160 berlian dihias pada tali pinggangnya.

#2 Barbie and the Diamond Castle berharga RM403,848.00.

Anak patung ini telah dihasilkan untuk mempromosikan tayangan video Barbie & Diamond Castle pada tahun 2008.

Terdapat 318 berlian dihiasi pada pakaian anak patung Barbie ini.

#1 Stefano Canturi Barbie yang paling mahal dengan harga RM1,288,650.00.

Anak patung ini telah dihasilkan oleh pasukan Mattel yang bekerjasama dengan pereka perhiasan Australia Stefano Canturi dengan tujuan untuk diberikan kepada Breast Cancer Research Foundation. Seperti yang anda lihat, barang kemas itulah yang membuatkan anak patung ini mahal.

Ia telah dilelong dengan harga tambahan sebanyak RM10,650.00.

Era Baru

Kategori:BISNES Galeri Foto

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...