Automobil, GAYA HIDUP

Membasuh kereta pun ada caranya. Pastikan anda mematuhi 5 kaedah ini

Membasuh kereta pun ada caranya. Pastikan anda mematuhi 5 kaedah ini

Kereta yang bersih semestinya sedap dipandang mata, malah ianya juga mampu membangkitkan ‘mood’ yang baik untuk memandu. Bukan itu sahaja, mengekalkan penampilan dan kemasan sesebuah kereta agar sentiasa nampak baharu pastinya mempunyai nilai jualan semula yang lebih tinggi.

Kredit: lakebluffcarwash

Akan tetapi manakan dapat sagunya jika ruyung tidak dipecahkan, bukan? Membersihkan kereta tidak cukup dengan hanya menyimbah sebaldi air, pembersihan berkala akan membantu pembuangan habuk, debu tanah, debunga, tahi burung, dan bahan cemar yang lain yang berisiko mencacatkan penampilan sesebuah kereta.

Kredit: chemicalguys

Lima perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa membasuh kereta

Membasuh kereta tidaklah begitu rumit, akan tetapi beberapa amalan yang baik mampu memberi kesan maksima kepada penampilan kereta anda. Cuba ikuti kaedah di bawah:

#1. Jangan tunggu sehingga kereta anda benar-benar kotor

Serangga, tahi burung, air hujan berasid dan bahan cemar mampu mencelakan kemasan kereta anda dan yang lebih teruk lagi ianya boleh mengupil cat kereta anda.

Buatlah pemeriksaan berkala seminggu sekali atau setidak-tidaknya sebulan sekali agar penampilan kereta anda lebih terpelihara. Tetapi jika kereta anda terkena air hujan berasid, cepatlah menyimbah kereta dengan air biasa kerana asid hujan boleh mengakibatkan cat kereta bercapuk.

#2. Jangan membasuh semasa kereta masih panas

Pembersihan kereta tidak digalakkan bagi kereta yang dihenti di tengah cuaca panas kerana ia akan menyukarkan usaha pembersihan dan menyebabkan endapan yang boleh merosakkan cat. Parkir kereta anda di tempat teduh atau tunggu sahaja cuaca redup sedikit sebelum kerja pembersihan dijalankan.

Kredit: cucicucikereta.com

#3. Gunakan bahan dan alatan mencuci yang betul

Span bersaiz besar atau sarung tangan pembersih dan hos yang bersambung dengan paip air adalah alatan terpenting untuk membersihkan kereta.

Kredit: thewirecutter

Span besar atau sarung tangan pembersih digunakan untuk mengelakkan permukaan kereta daripada tercalar.

Pembersihan dengan air mengalir juga merupakan keperluan utama. Menurut seorang pakar industri, Ed Kriston, membasuh kereta dengan menyimbah air dari baldi adalah tidak digalakkan kerana ini akan meninggalkan sisa kersik di atas permukaan dan seterusnya mencalarkan cat kereta.

Simbahan air dari baldi juga mungkin tidak dapat membilas dan membuang kersik daripada kereta.

Kredit: mudah.my

Pekerja terlatih turut diperlukan untuk membersihkan kereta kerana mereka lebih mahir menguruskan kotoran yang melibatkan cat. Ada kalanya anda juga memerlukan bahan khusus seperti penanggal tar untuk menghilangkan kotoran degil.

Amaran: Jangan sesekali menggunakan sabun basuh pinggan kerana ianya akan merosakkan cat kereta anda!

#4. Basuh kereta secara berperingkat

Lakukan kerja pembersihan satu per satu: membersih, membilas dan mengelap. Tetapi, jangan sesekali menggunakan span atau sarung tangan dalam gerakan membulat kerana ianya akan meninggalkan kesan melingkar di atas permukaan kereta anda. Span sepatutnya digerakkan secara lurus.

Kredit: lovehijau.net

#5. Bubuh sapuan lilin (wax) pada kereta anda dua kali setahun

Walaupun sesetengah orang percaya yang sapuan lilin boleh merosakkan kemasan kereta, Kriston sebaliknya percaya yang sapuan lilin mampu mengekalkan penampilan  sesebuah kereta.

Jika anda berada di luar negara yang mempunyai empat musim, masa terbaik yang disyorkan untuk wax kereta ialah semasa musim luruh, sebelum turunnya salji atau dipenghujung musim sejuk.

Kredit: youtube.com

Selepas rejim pembersihan kereta selesai dilakukan, sekali sekala apa salahnya anda renung teliti kereta anda dan lihat jika terdapat kesan serpihan batu dan sebagainya. Jika sumbing, haruslah cepat dibaiki kerana ia boleh mengakibatkan karat berlaku.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...