Aladino Montes, 53, tinggal di pergunungan indah di Asturias, Sepanyol utara, dikatakan telah belajar memburu rusa daripada bapanya sejak dia masih muda lagi. Sejak itu aktiviti memburu rusa bagi memperoleh makanan adalah sesuatu yang biasa buatnya. Tetapi kini semuanya berubah selepas dia menemui seekor anak rusa yang sedang kelaparan dan cedera sedang dikelilingi oleh sekumpulan lembu.

Setelah memeriksa apa yang berlaku kepada anak rusa tersebut, dia melihat ada luka serius yang berlaku. Dia akhirnya memutuskan untuk membawa pulang anak rusa tersebut untuk merawatnya sehingga pulih semula. Walau bagaimanapun oleh kerana tidak sanggup untuk melepaskannya kembali ke dalam hutan, Montes memutuskan untuk terus menjaganya dan tinggal bersama.

Kredit gambar: Facebook | Barlespraeres

Anak rusa itu dinamakan “Bambi.” Mereka berdua kemudian menjadi kawan baik.

“Saya menyanyagi haiwan, tetapi saya belajar memburu rusa daripada ayah saya,” kata Aladino kepada Zoomin TV. “Kami akan memburu dan membunuh mereka untuk makanan, tetapi sejak saya bersama Bambi, saya tidak boleh memburu atau membunuh lagi, saya akan mati sebelum saya melakukannya.”

“Kami akan memburu dan membunuh mereka untuk makanan, tetapi sejak saya bersama Bambi, saya tidak boleh memburu atau membunuh lagi, saya akan mati sebelum saya melakukannya.”

Montes kini menjalankan perniagaan kecil dari kabinnya di rantau Sierra de Peñamayor, kira-kira 1,200 meter di atas paras laut. Tetapi orang ramai ke situ datang dengan pelbagai alasan yang berbeza-mereka mahu melihat Bambi!

Kadang-kadang, Bambi akan mencari sahabatnya, membuatkan pelancong begitu kagum melihatnya. Persahabatan mereka kemudian diketahui ramai orang sehingga menyebabkan ramai yang datang ke sana untuk melihat sendiri keakraban dua sahabat luar biasa ini dan tidak ketinggalan untuk merakamkan gambar mereka bersama.

Montes dikatakan berhenti membunuh mana-mana haiwan sejak dia menyelamatkan Bambi. Ada juga rusa lain yang datang kepadanya kerana mereka berasa selamat dan percaya akan Montes.

“Saya benar-benar emosi apabila bercakap mengenainya,” kata Montes.

“Mereka adalah haiwan saya, mereka sangat istimewa. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh membunuh mereka sebelum ini, kerana sekarang ini mereka adalah hidup saya. “

Siapa sangka seorang pemburu kini tidak lagi membunuh haiwan setelah menyelamatkan haiwan yang biasa dibunuhnya. Kehadiran Bambi benar-benar mengajar Montes untuk berhenti memburu dan persahabatan mereka sememangnya sesuatu yang benar-benar luar biasa!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds