Hari paling bermakna dalam hidup anda semakin dekat tetapi anda masih belum berjaya melangsingkan badan? Usah khuatir kerana ada satu minuman magis lagi ajaib yang boleh membantu anda menyingkirkan lemak pada perut dalam tempoh 14 hari sahaja!

Selain murah dan boleh didapati di mana-mana, minuman ini dianggap sebagai ubat untuk membakar lemak. Jadi tidak hairanlah jika model-model terkenal, atlet malahan persatuan sedunia menyarankan air kelapa sebagai minuman yang berkhasiat!

Kami akan mendedahkan kepada anda 8 sebab mengapa anda perlu cuba meminum air kelapa setiap hari dalam tempoh dua minggu sahaja!

#1 Anda boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah

Kredit: Constant Weight Loss

Tukarkan minuman bergula dengan air kelapa jika anda mahu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat tersebut. Air kelapa merupakan minuman semulajadi yang rendah kalori dan mampu membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Cuba meminum segelas air kelapa sebelum makan dan anda pasti akan makan dengan kuantiti yang kurang.

#2 Badan kekal terhidrasi

Kredit: Beauty Hooked

Air kelapa membantu menyimpan tenaga dan mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan secara optimum. Wajarlah para atlet gemar meminum air kelapa pada sebelum, semasa dan selepas bersenam.

#3 Tiada masalah pencernaan

Kredit: US News

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan serat yang tinggi, ia dapat membantu dalam mengatasi masalah pencernaan. Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan untuk menggunakan air kelapa bagi merawat cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.

#4 Menstabilkan tekanan darah

Kredit: Dr. Fuhrman

Kajian mendapati air kelapa mempunyai kesan yang signifikan pada tekanan darah dengan merendahkan bacaan sistolik tekanan darah sebanyak 71% dan diastolik sebanyak 29%.

#5 Mendapatkan kulit yang mulus dan bersinar

Kredit: Heal Cure

Dengan sumber antioksidan yang tinggi, air kelapa mampu menyingkirkan toksin dan membekalkan pelbagai nutrien pada masa yang sama. Selain meminumnya, anda juga boleh menyapukan air kelapa pada wajah anda setiap hari. Ia boleh menyingkirkan bendasing sekali gus menjadikan kulit anda lebih sihat dan cantik.

#6 Mengelakkan gangguan emosi dan tekanan

Kredit: Conscious Living TV

Air kelapa mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin B-kompleks yang akan membantu anda untuk mengurangkan tekanan dan menghalang gangguan emosi daripada berlaku. Magnesium pula akan meningkatkan penghasilan serotonin sekali gus mengurangkan kemurungan.

#7 Menghilangkan mabuk dan pening kepala

Kredit: The Spruce

Jika anda berasa pening, mual ataupun mabuk, meminum air kelapa dapat menghilangkan penderitaan anda. Kaya dengan pelbagai nutrisi yang membantu mengembalikan hidrasi pada badan anda dan menggantikan semula vitamin yang hilang. Air kelapa sebenarnya mengandungi 95% air tulen jadi, ianya amat sesuai diminum untuk mengembalikan kadar air di dalam badan.

#8 Melambatkan proses penuaan

Kredit: Rewaj

Air kelapa merupakan sumber semulajadi bagi sitokinin iaitu hormon tumbuhan yang berfungsi meningkatkan tahap kesihatan manusia. Ia bukan sahaja bertanggungjawab dalam mendorong pembelahan sel dan memberikan kesan anti-penuaan tetapi ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan faktor umur seperti kanser dan darah beku.

Era Baru

Share
Kategori: KESIHATAN Pendidikan

Video Popular

Ad will display in 09 seconds