Arkeologi, Misteri & Fenomena, VIDEO

【Video】Keranda misteri dengan mayat berkeadaan baik berusia ratusan tahun ditemui tertanam bersama kipas kesayangan!

【Video】Keranda misteri dengan mayat berkeadaan baik berusia ratusan tahun ditemui tertanam bersama kipas kesayangan!

Tidakkah kita berasa terkejut apabila tiba-tiba menemui sebuah keranda berusia ratusan tahun dengan mayat didalamnya apabila sedang melakukan kerja mengorek dan meratakan tanah untuk pembinaan.

Seorang pekerja pembinaan di perkampungan Zhizhu di daerah Anhua, wilayah Hunan di China secara tidak sengaja telah menemui sebuah keranda yang berusia ratusan tahun dan apa yang lebih mengejutkan mayat di dalamnya masih berada dalam keadaan baik.

Mayat lelaki itu ditemui dengan berpakaian mahal dan terbaring kaku sambil memegang kipas kegemarannya. Dipercayai, mayat lelaki ini telah meninggal dunia pada era pemerintahan Dinasti Ming sekitar tahun 1368 ke 1644 Masihi atau Dinasti Qing sekitar tahun 1644 ke 1912 Masihi.

Walaupun telah dikebumikan selama beratus tahun, mayat ini masih berkeadaan baik semasa ia ditemui.

Kredit: AsiaWire

Menurut pegawai di daerah Anhua, tapak pengebumian ini secara tidak sengaja telah digali oleh pekerja pembinaan dengan jentolaknya.

Kredit : AsiaWire

Berdasarkan penelitian, batu kapur dan kayu utuh yang mahal telah digunakan dalam membuat keranda bagi meletakkan mayat ini. Dengan itu, tidak mustahil mayat ini telah dapat dipelihara dengan baik.

Pihak pentadbiran kebudayaan dan warisan negeri mempercayai yang lelaki ini berasal dari keturunan bangsawan atau dari golongan yang kaya berdasarkan penemuan baju yang dipakai si mati.

Pergunungan kawasan tempat ia dikebumikan itu dipercayai dimiliki oleh keluarga kaya bernama Wang pada satu masa dahulu.

Batu kapur dan kayu utuh digunakan dalam pembuatan keranda misteri ini, yang mana dapat mengawet mayat berada dalam keadaan baik.

Kredit : AsiaWire

Penemuan hebat! Keranda misteri lama berusia ratusan tahun ditemui para pekerja pembinaan di China.

Kredit : AsiaWire

Apabila mayat ini dialihkan, ia ditemui berpakaian dengan kain yang mahal dan cantik serta ditemani dengan kipas kesayangannya.

Kredit : AsiaWire

Mayat terpelihara ini ditemui bersama kipas kesayangannya. Dikatakan dan dipercayai yang lelaki ini berasal dari golongan berada pada masa lalu.

Kredit : AsiaWire

Menurut pegawai yang bertugas, tapak pengebumian itu telah secara tidak sengaja dikorek oleh jentolak. Dipercayai lelaki ini berasal dari zaman dinasti Ming atau Qing dan ia merupakan buat pertama kali mayat sempurna dan berkeadaan baik ditemui di daerah itu.

Menurut pakar, dipercayai keadaan keranda yang utuh dan lokasi perkuburan memainkan peranan dalam menentukan keadaan mayat itu masih berkeadaan baik setelah dikebumikan selama beratus tahun.

Oleh kerana keranda dan mayat ini dialihkan , maka ia akan dikaji. Walaubagaimanapun menurut kepercayaan tradisi Cina, adalah menjadi nasib buruk apabila membuka sebuah keranda dan mengalihkan mayatnya.

Kerja pembinaan di situ telah dihentikan buat sementara waktu bagi membolehkan pihak pentadbiran dan penguatkuasa menjalankan siasatan di tempat itu.

Para pegawai tidak dapat memberi komen samada telah dapat menjejaki keturunan lelaki misteri ini, walaupun telah mengetahui nama keluarga yang memiliki tanah di tempat lelaki ini dikebumikan bernama Wang.

Fakta mengenai Dinasti Ming dan Qing.

Dinasti Ming bermula pada tahun 1368 Masihi dan berakhir pada tahun 1644 Masihi yang berusia 276 tahun dan mengakhiri zaman gemilang pemerintahan dinasti di China.

Dinasti Ming menyaksikan pembinaan kapal laut secara besar-besaran dan dikatakan mengumpul tentera seramai 1 juta orang.

Pada masa kemuncak pemerintahannya, Dinasti ini telah menakluk Asia Timur, wilayah Turki serta Vietnam dan Myanmar di Asia Tenggara.

Dinasti Ming mempunyai populasi seramai 160 juta orang dan ada yang mengatakan jumlahnya pernah mencapai 200 juta orang.

Semasa zaman kegemilangan Dinasti Ming, banyak projek kejuruteraan sivil mega luarbiasa telah dibina termasuk Tembok Besar China.

Dinasti Ming juga telah membina Terusan Besar Beijing, terusan buatan manusia yang terbesar di dunia yang kini telah mendapat pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO.

Dinasti Qing bermula pada tahun 1644 dan berakhir pada tahun 1912 berusia 268 tahun setelah mengambil alih pemerintahan Dinasti Ming.

Dinasti ini diasaskan oleh puak Jurchen Aisin Gioro  dari Manchuria. Ia bukan berasal dari keturunan Cina dari tanah besar dan dinasti ini telah memulakan wilayah yang berlandaskan pembentukan negara China dari pelbagai budaya.

Pada masa ini, rakyat hidup dengan kepercayaan Taoisme dan Buddha.

Lihat video penemuan keranda misteri bersama mayat yang masih terpelihara di bawah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...