Keluarga, KESIHATAN

Tertelan tulang ikan boleh mengakibatkan maut!

Tertelan tulang ikan boleh mengakibatkan maut!

Semasa makan tengahari di rumah saudaranya, seorang kanak-kanak tiba-tiba muntah dan menangis kesakitan. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun ini sangat gemar makan ikan, namun hari itu menjadi pengalaman pahit kepadanya apabila tertelan tulang ikan.

Ibunya yang panik menyuruhnya makan sayur supaya tulang ikan tersebut dapat ditelan sekali. Saudaranya yang merupakan seorang doktor mencegahnya daripada terus menelan makanan kerana akan menyebabkan tulang ikan itu akan tertusuk pembuluh darah.

Kemudian saudaranya menyuruh kanak-kanak ini membuka mulut untuk mengeluarkan tulang tersebut, namun gagal dan segera membawanya ke hospital. Doktor telah menemui tulang ikan berbentuk S tersangkut berhampiran arterinya.

Dia bernasib baik kerana doktor berjaya mengeluarkan tulang ikan tersebut. Jika saudaranya tidak menghentikannya daripada terus makan, anaknya mungkin hampir maut.

Dalam perjalanan pulang, saudaranya menceritakan tentang kisah pesakitnya yang berusia 7 tahun mengalami pengalaman yang sama dan demam panas.

Kanak-kanak tersebut tidak sembuh walaupun disuntik ubat dan diberi makan antibiotik. Selepas sebulan dia muntah darah dan nadinya lemah. 10 minit selepas itu kanak-kanak tersebut terus koma dan meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan. Semuanya adalah gara-gara tertelan tukang ikan.

Jika tertelan tulang ikan, doktor tidak menggalakkan untuk terus sambung makan kerana ini akan menyebabkan tulang makin ke dalam dan menyukarkan doktor untuk mengeluarkannya. Ia juga akan menyebabkan tusukan itu mencucuk pembuluh darah yang akan menyebabkan jangkitan bahkan boleh menyebabkan kematian.

Cara menghadapi tertelan tulang ikan:

1. Perhatikan posisi tulang ikan

Suruh anak anda membuka mulut seluasnya. Perhatikan lokasi tukang tersebut dan keluarkan menggunakan penyepit. Jika tulang tidak kelihatan segera membawanya ke doktor.

2. Tulang kecil

Jika tulang ikan hanya bersaiz kecil, masukkan jari yang bersih ke dalam mulut anak anda sehingga anak anda berasa mual dan muntah. Dengan cara ini tulang yang bersaiz kecil akan keluar bersama ikan.

3. Tulang besar

Jangan memaksa anak anda untuk menelan tulang yang bersaiz besar. Jangan juga menyuruh anak anda muntah. Segera berjumpa doktor. Tulang yang besar akan mengakibatkan masalah yang lebih besar jika dibiarkan.

Era Baru

Tags: Kategori:Keluarga KESIHATAN
loading...