Apabila ibu kita membebel, kita boleh sahaja buat-buat tak dengar. Tetapi apabila burung kakak tua ini membebel, ia akan pastikan anda mendengar setiap bebelannya. Jadi, jangan mimpilah kalau anda ingin mengabaikan burung ini.

Nak tak nak, anda harus menumpukan perhatian terhadap setiap patah kata yang diungkapkannya walaupun anda tidak faham satu patah pun.

Burung kakak tua bernama Hamlet ini kedengaran memberi ucapan yang panjang berjela tanpa difahami oleh kita. Nampaknya, terpaksalah kita turutkan sahaja.

Lihat video di bawah dan anda pasti akan tertunduk sahaja sepanjang masa. Macam dengar pengetua sekolah memberikan ucapan semasa perhimpunan pula rasanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds