Aneh, Keluarga, KESIHATAN, Misteri & Fenomena

Dianggap sebagai ‘superhero’ kerana tidak pernah menangis dan berasa sakit, kanak-kanak ini ada kisah disebaliknya

Dianggap sebagai ‘superhero’ kerana tidak pernah menangis dan berasa sakit, kanak-kanak ini ada kisah disebaliknya

Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang tidak pernah berasa sakit dan menangis ini dianggap sebagai ‘superhero’ oleh masyarakat sekeliling.

Kredit: Gareth Iwan Jones

Dexter Cahill yang berusia tiga tahun pernah mengalami patah kaki tetapi dia tidak menangis. Malah ketika berusia empat bulan, dia pernah menggigit lidahnya sehingga berdarah namun tidak menangis.

Sejak kejadian itu, ibu bapa Dexter iaitu Lindsay dan Tom membawanya berjumpa pakar kanak-kanak dan disahkan mempunyai keadaan genetik yang jarang disebut ‘hereditary sensory autonimic neuropathy (HSAN IV)’.

Walaupun Dexter baru akn berusia 4 tahun tetapi diaa sudah mengalami beberapa kejadian patah tulang termasuk tangan dan ibu jari. Tiga minggu yang lalu, tulang metatarsal pertama di kaki kirinya telah patah manakala pada awal tahun ini, tulang keringnya telah patah akibat terjatuh di pusat jagaan ketika menari dengan gurunya.

Dexter tidak langsung menangis sebaliknya hanya akan menatap ibu bapa yang panik ketika dia cedera.

Kredit: Gareth Iwan Jones

Selain tidak dapat merasai kesakitan, Dexter juga tidak dapat membezakan panas dan sejuk. Suatu ketika, dia telah masuk ke kolam tanpa menyedari betapa sejuknya air kolam itu.

Disebabkan itu dia boleh mengalami hypothermia (keadaan perubatan yang serius di mana suhu badan tidak normal yang sering disebabkan oleh terdedah kepada sejuk yang melampau untuk masa yang lama).

Orang mungkin fikir ia bagus untuk Dexter kerana tidak dapat merasakan sensasi rasa sakit yang berbeza tetapi menurut Lindsay keadaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada Dexter.

“Orang berfikir Dexter adalah seorang superhero, tetapi tidak malah dia lebih mudah jatuh sakit. Dia mungkin mengalami apendisitis suatu hari dan tidak akan tahu mengenainya kerana tidak berasa sakit.”

Lindsay dan suaminya Tom telah membuat keputusan untuk berpindah dari rumah Bristol mereka ke sebuah hartanah pelan terbuka moden. Ia adalah untuk memastikan keselamatan Dexter. Selain itu anak lelaki itu harus belajar banyak perkara dan itu termasuk tidak menyakiti dirinya sendiri.

 

Kredit: Gareth Iwan Jones

Fakta mengenai ‘hereditary sensory autonimic neuropathy (HSAN IV)’:

  • Ia dalah penyakit genetik yang jarang berlaku yang biasanya bermula pada bayi dan dicirikan oleh ketidakupayaan untuk merasakan kesakitan dan ketidakupayaan untuk berpeluh (anhidrosis).
  • Anhidrosis boleh menyebabkan demam yang berulang dan suhu badan yang tinggi. Ketidakmampuan untuk merasakan kesakitan boleh menyebabkan keretakan berulang dan kerosakan sendi. Individu yang terkena dan terutamanya kanak-kanak atau bayi mungkin tidak menyedari rawatan penangguhan kecederaan.
  • Individu yang terkena penyakit ini juga tidak dapat merasa suhu dan tidak dapat membezakan antara panas dan sejuk. Kehilangan deria pada individu dengan HSAN IV adalah disebabkan oleh fungsi saraf deria yang tidak normal yang mengawal tindak balas terhadap kesakitan dan suhu.
  • Kehilangan deria pada individu yang menghidapi HSAN IV adalah disebabkan oleh fungsi saraf deria yang tidak normal yang mana ia bertanggungjawab untuk mengawal tindak bakas terhadap suhu dan kesakitan.
  • Kemungkinan mendapat anak mewarisi gangguan itu ialah 11 dalam 125 juta kelahiran jika sejak kedua-dua ayah dan ibu merupakan pembawa gen kurang upaya yang jarang berlaku.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...